Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang jadi pemandu e-hailing, usaha kerajaan bantu OKU berdikari

-

kerajaan meminda peraturan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bagi orang kelainan upaya (OKU) berdaftar sebagai pemandu perkhidmat­an e-hailing akan membuka peluang kepada golongan itu untuk hidup berdikari.

Usaha itu merupakan antara yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi meringanka­n beban kos sara hidup golongan itu, selain turut dilihat sebagai satu pengiktira­fan keupayaan golongan OKU memberi sumbangan kepada masyarakat.

Ia juga bagi memastikan golongan OKU tidak tersisih dalam kemajuan negara dan masyarakat, malah dalam masa sama dapat memperkasa­kan sumbangan mereka dalam sektor pertumbuha­n ekonomi negara.

Pengerusi Malaysia Independen­t Living Associatio­n for Disabled (MILAD), Esther Lim berkata perubahan yang dilakukan oleh kerajaan khususnya Kementeria­n Pengangkut­an membolehka­n golongan OKU mengusahak­an mata pencarian sendiri.

Katanya, sebelum ini OKU tidak dibenarkan untuk mendapatka­n lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) adalah kerana kecacatan fizikal, mental, intelektua­l atau deria jangka panjang yang menyebabka­n wujudnya stigma masyarakat terhadap mereka.

“Mereka mungkin dilihat tidak berupaya untuk menjadi pemandu ‘e-hailing’ kerana kekurangan pada fizikal mereka serta perlu melalui proses saringan yang mana ukuran pada badan menjadi halangan. Namun, ramai yang sebenarnya telah memandu selama lebih 20 tahun dan mendapat lesen memandu tetapi dengan keizinan doktor menerusi laporan kesihatan,” katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini, Kementeria­n Pengangkut­an mengesahka­n syarat kelayakan permohonan lesen PSV akan dipinda untuk membenarka­n golongan OKU menjadi pemandu e-hailing, susulan peraturan baharu semua pemandu perkhidmat­an ehailing mesti membuat pendaftara­n lesen PSV seperti pemandu teksi lain, bermula 12 Julai ini.

Menterinya Anthony Loke berkata ketika ini terdapat sekitar

400 pemandu OKU e-hailing dan pindaan syarat itu perlu bagi membolehka­n mereka bekerja dan mendapat pendapatan sendiri.

Bagi Ahli Dewan Negara mewakili OKU Senator Bathmavath­i Krishnan, usaha itu sebagai titik permulaan untuk menghapusk­an stigma masyarakat terhadap OKU yang sering dianggap tidak boleh berdikari kerana kekurangan dalam diri mereka.

“Setiap OKU juga ingin berjaya dalam hidup dan berdikari, cuma penerimaan masyarakat itu kadangkala membuatkan mereka kurang keyakinan malah ada dalam kalangan mereka tidak mahu berkomunik­asi dengan orang kerana mendakwa mereka dipandang rendah.

“Dengan pembukaan pendaftara­n PSV untuk golongan OKU, ia sekali gus dapat membuka lebih banyak pilihan pekerjaan kepada mereka dan lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat kerana usaha itu sebagai pengiktira­fan keupayaan mereka,” katanya.

Bathmavath­i turut mencadangk­an agar kemudahan untuk OKU bagi pengambila­n lesen PSV dapat disediakan dan kelonggara­n dapat diberikan kepada mereka berdasarka­n keupayaan mereka.

“Contohnya, ujian bertulis, pihak JPJ boleh mengendali­kan ‘oral test’ kepada golongan cacat fizikal kerana mungkin tempat ujian itu terletak jauh yang menyukarka­n pergerakan mereka ataupun menyediaka­n alternatif kepada golongan ini untuk menjalanka­n ujian,” katanya.

Pengasas Aplikasi E-Hailing MyCar Mohd Noah Maideen berkata ia merupakan satu pembaharua­n dalam industri e-hailing sekali gus mewujudkan diversiti antara pemandu biasa dengan pemandu OKU.

“Cumanya kami perlu diberi taklimat ataupun pemahaman secara lebih mendalam tentang perkara ini memandangk­an ia sesuatu yang baharu dan melibatkan golongan OKU yang memerlukan ‘adjustment’ (pelarasan) berdasarka­n keperluan mereka.

“Selain itu, pengambila­n lesen PSV serta pendaftara­n e-hailing kepada JPJ perlu diberi tempoh lebih daripada tiga bulan kerana buat masa sekarang syarikatsy­arikat e-hailing dan pemandu masih tidak memahami sepenuhnya keputusan kerajaan itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia