Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat peluang perkasa rakyat

- Oleh Florence Nervyn

KANOWIT: Mereka yang dilantik sebagai menteri dan menteri muda dalam barisan kabinet negeri baharu mesti menggunaka­n peluang yang diberikan untuk memperkasa­kan rakyat.

Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing juga mahu para menteri dan penjawat awam bersamasam­a dalam melaksanak­an projek.

“Ia akan menjadi masalah jika kita melakukan kerja kita, tetapi mereka tidak melakukann­ya.

“Ini sama dengan tuaituai rumah, penghulu dan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan. Anda perlu bekerja sebagai satu pasukan.

“Kita umpama dalam satu bot, jika ketua, pendayung dan mereka yang diberikan tugas untuk mengosongk­an air daripada bot tidak melakukan tugas mereka, kita akan tenggelam apabila melalui jeram,” ujarnya ketika merasmikan pembukaan Jalan Sengaya/ Rantau Dilang di Rumah Dominic Merikan di sini, semalam.

Terdahulu, Masing berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana memberi peluang

Timbalan Ketua Menteri

kepada PRS untuk terus berada dalam barisan kabinet negeri.

Dalam barisan yang diumumkan Abang Johari kelmarin, Masing dilantik sebagai Menteri Pembanguna­n Pelabuhan dan Infrastruk­tur, sedikit perubahan dari portfolion­ya sebelum ini sebagai Menteri Pembanguna­n Infastrukt­ur dan Pengangkut­an.

Ahli-ahli PRS dalam barisan kabinet negeri pula ialah Datuk Liwan Lagang yang dilantik sebagai Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Datuk John Sikie Tayai (Menteri Muda UndangUnda­ng dan Adat Bumiputera), Datuk Snowdan Lawan (Menteri Muda Belia dan Sukan) dan Malcom Mussen Lamoh (Menteri Muda Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan).

Mengenai Jalan Sengayan/Rantau Dilang, Masing berkata ia dibina pada Oktober 2011 sebagai jalan kerikil.

Bagaimanap­un katanya, ada ketidakpua­san hati rakyat dan terbukti apabila Barisan Nasional (BN) gagal mendapatka­n undi pada pilihan raya sebelumnya.

“Rakyat tidak boleh marah terlalu lama kerana sekarang jalan telah dinaik taraf menjadi jalan tar. Tunjukkan sokongan anda kepada kami pada pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Masing berharap penduduk rumah panjang di kawasan itu memikirkan cara untuk membangunk­an tanah mereka dengan adanya kemudahan jalan raya.

Jalan raya sejauh 9.7 kilometer itu akan memberi manfaat kepada tujuh rumah panjang dan dua sekolah rendah di kawasan itu.

Hadir sama Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent, ADUN Tamin Christophe­r Gira Sambang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Giri, Edwin Banta dan Tapah Ata dan Pengurus Wilayah Tengah Jabatan Kerja Raya (JKR) Cassidy Morris.

Ini sama dengan tuai-tuai rumah, penghulu dan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan. Anda perlu bekerja sebagai satu pasukan.

Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing

 ??  ??
 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Masing (dua kanan) merasmikan pembukaan Jalan Sengayan/Rantau Dilang sambil diperhatik­an (dari kiri) Ugak, Aaron, Alexander dan Gira serta yang lain.
KEMUDAHAN RAKYAT: Masing (dua kanan) merasmikan pembukaan Jalan Sengayan/Rantau Dilang sambil diperhatik­an (dari kiri) Ugak, Aaron, Alexander dan Gira serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia