Utusan Borneo (Sarawak)

McDonald’s Malaysia tukar papan tanda restoranny­a di Bukit Bintang kepada Mekdi

-

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia meraikan 37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilann­ya, Mekdi.

Papan tanda yang tertera Mekdi merupakan panggilan tempatan bagi ‘McD’, kini jelas terpampang di restoran McDonald’s Bukit Bintang, lokasi pertama McDonald’s di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Melati Abdul Hai berkata, nama Mekdi akan digunakan untuk tempoh sementara sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunk­an jenama McDonald’s Malaysia seperti yang dikenali hari ini.

“Sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ia kini sinonim dengan jenama kami,” katanya.

Dalam meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald’s Malaysia turut memperkena­lkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri.

Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald’s, 24 jam sehari.

Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan ialah RM12.99 untuk set bersama sekeping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama dua keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Menyedari populariti nasi lemak dalam kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya nasi lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul sejuta tandatanga­n menjelang Hari Malaysia (16 September).

Untuk turut serta dalam petisyen ini, sila layari http:// chng.it/LDfjGDJsQs.

 ??  ?? PANGGILAN TEMPATAN: McDonald’s Malaysia menukar papan tanda restoranny­a di Bukit Bintang kepada Mekdi sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
PANGGILAN TEMPATAN: McDonald’s Malaysia menukar papan tanda restoranny­a di Bukit Bintang kepada Mekdi sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia