Utusan Borneo (Sarawak)

Florida hukum mati pembunuh sasar lelaki gay

-

MIAMI: Seorang pembunuh yang telah mengaku dan dikaitkan dengan satu siri pembunuhan selama beberapa bulan pada tahun 1994, menyasarka­n lelaki gay yang lebih tua, dihukum mati kelmarin di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS).

Gary Ray Bowles, 57, telah dihukum mati melalui suntikan maut pada jam 10:58 malam waktu tempatan.

Dalam satu kenyataan bertulis terakhir, Bowles meminta maaf bagi “kesakitan dan penderitaa­n” yang dia telah lakukan, mengatakan “Saya tidak pernah mengingink­an keadaan sebegini dalam hidup saya. Kamu bukannya bangun pada keesokan hari dan memutuskan untuk menjadi seorang pembunuh bersiri.”

Bowles digelar sebagai “pembunuh I-95” selepas dikaitkan dengan enam homisid di sepanjang lebuh raya antara negeri yang mempunyai nama tersebut, satu laluan utama di sepanjang Pantai Timur.

Lewat kelmarin, Mahkamah Agung AS menolak cadangan pihak pembelaan meminta agar hukuman mati ditangguhk­an.

Menurut rekod mahkamah, Bowles mengalami zaman kanak-kanak yang terganggu dan kucar-kacir.

Bapanya meninggal dunia sebelum dia dilahirkan, dan ibunya telah berkahwin semula beberapa kali, dua kali dengan lelaki yang mendera Bowles.

Dia mengambil dadah dan minum alkohol pada usia 11 tahun, serta pada usia 13 tahun dia hampir membunuh bapa tiri keduanya dengan menghentak batu di kepalanya, menurut Orlando Sentinel.

Satu profil Washington Post, ditulis pada 1994 ketika polis dengan terdesak memburu pembunuh bersiri yang disyaki, menggambar­kan Bowles sebagai seorang pemuda yang “ranggi, tampan dan menarik” yang meninggalk­an rumah ketika masih remaja serta terlibat dalam pelacuran untuk meneruskan hidup.

Dia memiliki rekod tangkapan yang panjang, termasuk bagi rompakan, dan menghabisk­an masa selama beberapa tahun di dalam penjara pada 1980 selepas memukul dan merogol seorang teman wanita dengan sangat kejam sehingga seorang detektif dipetik sebagai berkata, “Saya pernah melihat mayat yang lebih baik keadaannya ketika autopsi.”

Pada 1994, selepas pemburuan selama beberapa bulan yang menimbulka­n perasaan takut di kalangan orang awam yang melalui laluan I-95, Bowles ditangkap di bandar Jacksonvil­le di utara Florida serta didakwa membunuh Walter Jamelle Hinton.

Bowles kemudian mengaku bertanggun­gjawab ke atas beberapa pembunuhan lain, jenayah yang sebahagian­nya telah dikaitkan melalui tabiat pembunuh yang menyumbat kain atau objek lain ke dalam tekak mangsanya.

Dia dijatuhi hukuman mati pada 1999.

Gabenor Republikan di Florida, Ron DeSantis, menandatan­gani arahan hukuman mati pada awal musim panas ini.

Florida merupakan salah sebuah daripada 29 negeri AS yang masih mengamalka­n hukuman mati, menurut Pusat Maklumat Hukuman Mati, yang menyokong usaha menentang hukuman mati.

Banduan dibenarkan untuk memilih kematian sama ada melalui suntikan atau kerusi elektrik. Seorang rakyat biasa dibayar AS$150 untuk bertindak sebagai pelaksana hukuman mati, menurut laman sesawang negeri tersebut. — AFP

 ??  ?? BOWLES
BOWLES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia