Utusan Borneo (Sarawak)

Kepulangan Messi satu kelegaan buat Barcelona

-

MADRID: Lionel Messi mungkin bersedia untuk bermain menentang Real Betis esok (Ahad) dan Barcelona memang memerlukan­nya semula.

Dalam keadaan lain, Messi mungkin tidak akan diturunkan seminggu lagi, selepas tidak bermain pada keseluruha­n pramusim kerana kecederaan betis yang dia alami dalam sesi latihan pertama selepas dia kembali.

Namun selepas dia menyertai semula rakan sepasukan pada Rabu lepas, keinginan adalah untuk menurunkan Messi serta-merta, untuk menceriaka­n keadaan dan meminimumk­an peluang bagi kekalahan kedua yang memboleh menimbulka­n masalah besar dalam La Liga.

Satu kekalahan, kepada Athletic Bilbao di stadium San Mames pada malam pembukaan dan diberikan oleh tendangan akrobatik yang luar biasa cemerlang pada minit ke-89,

mungkin biasanya d i - terima sebagai satu kebetulan.

“San Mames sentiasa tempat yang sukar untuk bermain,” kata Gerard Pique.

“Apabila kita tidak bermain pada tahap terbaik, mereka membuat kita kelihatan bodoh.”

Namun ingatan kepada kekalahan Barcelona pada Mei lepas masih segar.

Keaiban dalam Liga JuaraJuara dan kekalahan dalam final Copa del Rey bermakna pasukan ini dan khususnya jurulatih mereka memulakan musim dalam keadaan tertekan.

Ernesto Valverde tidak pernah terlepas daripada tuduhan, syak-wasangka mengenai stail dan kesesuaian­nya sentiasa menggelega­k di bawah permukaan, walaupun hakikatnya dia berharap untuk menjadi jurulatih Barca pertama sejak Pep Guardiola yang memenangi tiga kejuaraan La

Liga berturut-turut.

Apabila Messi mencederak­an betisnya, ia diandaikan barisan serangan yang terdiri daripada Luis Suarez, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele dapat menangani keadaan.

Sebaliknya Suarez dan Dembele mengalami kecederaan ketika menentang Bilbao manakala Griezmann mempamerka­n corak permainan yang raguragu untuk membayangk­an dia mungkin juga memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri.

“Liga ini sukar,” kata Griezmann. “Kami perlu bangkit semula.”

Satu lagi kecederaan otot bagi Dembele, kecederaan kelimanya dalam tempoh dua tahun di Barcelona, membimbang­kan, terutamany­a selepas pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan berehat di Perancis dan tidak menjalani pemeriksaa­n perubatan. Semua ini bermakna kepulangan Messi adalah lebih segera, walaupun ia lebih berkemungk­inan bahawa pemain Argentina itu akan dimasukkan sebagai pemain gantian di Camp Nou daripada dinamakan dalam barisan kesebelasa­n

utama.

Tarikan Neymar juga semakin berkembang, walaupun Barcelona lagi menyetujui perjanjian dengan Paris Saint-Germain.

Prospek Real Madrid turut menunjukka­n minat pasti bermain dalam fikiran presiden Josep Maria Bartomeu.

Pada awal musim, Madrid diselubung­i awan lebih geap selepas pramusim yang buruk menimbulka­n tanda tanya sama ada Zinedine Zidane, dan bukan Valverde, yang akan merasai kehangatan.

Sebaliknya, pasukan yang kelihatan retro, tanpa satu pun pemain yang dibeli pada musim panas, dan bersama Gareth Bale, terbuka pada hujung minggu lepas dengan kemenangan 3-1 yang meyakinkan di Celta Vigo.

“Kami ada kesukaran pada pramusim dengan keputusan kami tetapi tidak usaha kami,” kata Zidane.

“Ia adalah penting untuk bermula seperti ini, dengan bermain baik dan menang.”

Bale bermain dengan cemerlang dan dengan Eden Hazard yang hanya dijangka kembali selepas rehat antarabang­sa, pemain Wales itu dijangka akan meneruskan integrasin­ya semula dalam

perlawanan menentang Real Valladolid pada malam ini (Sabtu).

“Kami perlu membuka lembaran baharu,” kata Sergio Ramos. — AFP

 ??  ?? MESSI
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia