Utusan Borneo (Sarawak)

Wolves langkah kanan, Celtic atasi AIK 2-0

-

PARIS: Wolves hampir mara ke peringkat kumpulan Liga Europa kelmarin dengan kemenangan 3-2 pada pusingan pertama play-off yang meyakinkan di Torino.

Pasukan Liga Perdana Inggeris itu, yang bermain dalam kempen pertama mereka di Eropah sejak 1981, berada di depan menerusi jaringan sendiri oleh Gleison Bremer sejurus sebelum waktu rehat.

Diogo Jota menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-60 tetapi Lorenzo de Silvestri mengurangk­an jurang dengan satu gol untuk kelab dari Itali itu dua minit kemudian.

Raul Jimenez memulihkan kelebihan dua gol Wolves selepas 72 minit sebelum tendangan penalti Andrea Belotti untuk Torino pada saat akhir memastikan kelab Serie itu masih berpeluang dalam perlawanan timbal balik nanti di Molineux pada Khamis depan.

“Ia adalah perlawanan yang sengit. Ia belum berakhir, jauh daripada berakhir. Kami perlu menentang sebuah pasukan yang sangat lasak,” kata jurulatih Wolves, Nuno Espirito Santo, kepada akhbar Express and Star.

“Kami bermain dengan baik. Kami teratur, kami sentiasa cergas. Kami menghasilk­an beberapa gol tetapi seperti apa yang saya sebut, satu lagi perlawanan untuk diadakan.”

Celtic, yang disingkirk­an dari Liga Juara-Juara pada minggu lepas oleh Cluj dari Romania, menewaskan AIK dari Sweden 2-0 di stadium sendiri.

James Forrest menjaringk­an gol dalam perlawanan kelimanya berturut-turut pada awal babak kedua dan tendangan percuma pemain Perancis Odsonne Edouard yang cantika menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-73.

“Ia merupakan persembaha­n berpasukan yang hebat,” kata pengurus Celtic, Neil Lennon.

“Kami bermain dengan baik pada babak pertama tetapi saya berpendapa­t kami hebat sekali pada separuh masa kedua.

“Sebahagian permainan yang kami pamerkan ternyata hebat dan kami menjaringk­an gol-gol cantik.”

Musuh tetangga di Glasgow, Rangers, juga berada pada kedudukan yang baik untuk mara ke peringkat kumpulan hasil keputusan seri 0-0 di Legia Warsaw.

Dalam perlawanan lain, kemenangan 3-0 yang meyakinkan di stadium sendiri dicatatkan oleh dua kelab Belanda, Feyenoord dan PSV Eindhoven, masing-masing ke atas Hapoel Beer-Sheva dan Apollon. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PENUH SAINGAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan‘playoff’pusingan pertama Liga Europa di antara Celtic dan AIK di Celtic Park di Britain.
— Gambar Reuters PENUH SAINGAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan‘playoff’pusingan pertama Liga Europa di antara Celtic dan AIK di Celtic Park di Britain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia