Utusan Borneo (Sarawak)

Dwayne Johnson ungguli senarai pelakon bayaran tertinggi Forbes

-

‘The

Rock’ Johnson telah mendapatka­n semula kedudukann­ya sebagai pelakon dengan gaji tertinggi di dunia, menurut senarai kaya Forbes yang selainnya didominasi barisan pelakon filem ‘Avengers’ milik Marvel yang memecah rekod.

Johnson, bekas ahli gusti profesiona­l, mengaut AS$89.4 juta dalam tempoh lebih 12 bulan, naik semula ke tempat nombor satu yang dia kali terakhir duduki pada 2016. Dia menduduki tempat kedua dalam tempoh dua tahun lepas.

Pelakon prolifik berusia 47 tahun itu mencatatka­n hit besar dengan filem mesra keluarga yang dibikin semula ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ – sekuel sedang dibuat – selain turut membintang­i menggunaka­n pengaruhny­a sebagai pelakon senarai A untuk mendapatka­n perjanjian perkongsia­n keuntungan filem yang lumayan selain bayaran lapan angka, Johnson juga muncul dalam program televisyen HBO ‘Ballers’, mengacarak­an program permainan NBC ‘Titan Games’ dan memiliki jenama pakaian kecergasan­nya sendiri yang lumayan,

selain pengendosa­n lain.

“Dia adalah jenama pelbagai platform dan dipromosi silang tersendiri,” tambah Dergarabed­ian.

Chris Hemsworth menduduki tempat kedua dengan AS$76.4 juta – seorang daripada beberapa pelakon dari dunia adiwira Marvel yang muncul dalam 10 teratas.

Senarai itu meliputi tempoh antara Jun 2018 hingga Jun 2019, di mana Marvel Studios mengeluark­an ‘Avengers: Endgame’, filem paling laris sepanjang zaman.

Hemsworth, yang membawa watak kegemaran peminat, Thor, diikui Robert Downey Jr (Iron Man) di tempat ketiga, Bradley Cooper (Rocket) di tempat keenam, Chris Evans (Captain America) di tempat kelapan dan Paul Rudd (Ant-Man) di tempat kesembilan. Bagaimanap­un, kebanyakan gaji Copper sebagai AS$57 juta datang daripada menerbit, mengarah dan berlakon bersama Lady Gaga dalam drama muzikal ‘A Star is Born’, kata Forbes.

Pelakon tetap dalam senarai itu termasuk Jackie Chan, Will Smith, Adam Sandler dan bintang Bollywood Akshay Kumar semua kembali ke dalam senarai.

Namun George Clooney yang menduduki tempat nombor satu pada tahun lepas terkeluar daripada senarai 10 teratas, selepas dia menunaikan perjanjian­nya yang bernilai AS$1 bilion untuk syarikat tequilanya pada tahun sebelum itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? beberapa filem ‘Fast and Furious’ termasuk ‘Hobbs & Shaw’.
“Dia baharu sahaja menjadi bintang lumayan yang dicari-cari,” kata penganalis­is Comscore, Paul Dergarabed­ian. “Dan dia selalu bekerja – dia tidak pernah berhenti.”
Dengan
beberapa filem ‘Fast and Furious’ termasuk ‘Hobbs & Shaw’. “Dia baharu sahaja menjadi bintang lumayan yang dicari-cari,” kata penganalis­is Comscore, Paul Dergarabed­ian. “Dan dia selalu bekerja – dia tidak pernah berhenti.” Dengan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia