Utusan Borneo (Sarawak)

GPS Zon 6 bertekad pertahan, rampas kembali semua kerusi

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 6 bertekad untuk mempertaha­nkan dan merampas kembali semua lima kerusi di zon itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang. Ketua GPS Zon 6 Datuk Snowdan Lawan berkata, GPS akan memastikan empat kerusi iaitu Balai Ringin, Bukit Begunan, Simanggang dan Batang Ai kekal menjadi milik GPS.

Beliau berkata, mereka juga akan bekerja bersungguh-sungguh untuk merampas kembali kerusi Engkilili daripada pihak lawan.

“Pilihan raya negeri dan umum yang lepas telah menyaksika­n beberapa kerusi yang dahulunya kubu kuat kita dirampas pihak lawan.

“Justeru, GPS Zon 6 mesti bersiap sedia untuk berhadapan dengan semua parti yang akan berlawan dengan kita nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jerayawara GPS Zon 6 oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pekan Lachau, Sri Aman semalam.

Snowdan yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) menambah, Parlimen Malaysia baru-baru ini telah menurunkan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Sehubungan itu katanya, GPS perlu bersiap sedia merangka program yang dapat menarik penglibata­n belia dalam politik.

Sebagai permulaan selaku Ketua Pemuda PRS dan Menteri Belia dan Sukan, beliau bersama rakan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mewujudkan aplikasi belia GPS.

Aplikasi belia GPS tersebut telah dilancarka­n oleh Ketua Menteri pada majlis tersebut semalam dan diharap dapat menarik minat belia dalam Zon 6 dan Sarawak secara keseluruha­nnya untuk menyumbang idea bernas dalam pelbagai bidang.

Pada majlis itu, Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin mencadangk­an diwujudkan Agensi Pembanguna­n Sri Aman atau SADA.

SADA katanya, adalah penting untuk menyelaras pembanguna­n di Sri Aman secara holistik melihat kepada kejayaan Lembaga Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA).

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? BERSEMANGA­T: Snowdan (dua kiri), ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang (dari kanan), ADUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dan ADUN Batang Ai, Malcolm Mussen Lamoh bertekad pertahanka­n kerusi masing-masing pada PRN akan datang.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi BERSEMANGA­T: Snowdan (dua kiri), ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang (dari kanan), ADUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dan ADUN Batang Ai, Malcolm Mussen Lamoh bertekad pertahanka­n kerusi masing-masing pada PRN akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia