Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak capai elektrifik­asi keseluruha­n 96.4 peratus

-

KUCHING: Sarawak telah mencapai elektrifik­asi keseluruha­n 96.4 peratus dengan 92 peratus kawasan luar bandar menikmati bekalan elektrik 24 jam yang boleh dipercayai.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dalam kenyataan semalam berkata, kementeria­n menerusi Sarawak Energy mempunyai misi untuk membekalka­n seluruh rakyat dengan elektrik 24 jam yang berpatutan dan boleh dipercayai.

Hari ini katanya, beliau gembira dengan kemajuan yang dicapai menerusi pelan pembanguna­n tenaga strategik dan inisiatif elektrik yang dipercepat­kan.

“Kebanyakan kawasan Sarawak disambung kepada Grid Kuasa Negeri. Tetapi bagi kawasan luar bandar yang sangat pedalaman, rakyat turut disediakan dengan sistem hidro mikro di bawah Skim Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES).

“Menjelang 2020, sasarannya adalah untuk mencapai liputan 97 peratus bekalan elektrik kepada isi rumah luar bandar ke arah sasaran akhir elektrifik­asi sepenuhnya menjelang 2025,” ujarnya.

Dr Rundi berkata, bagi memastikan kapasiti mencukupi untuk memenuhi permintaan akan datang, Loji Kuasa Arang Balingian akan memulakan operasi tahun ini, sekali gus meningkatk­an kapasiti janaan kepada melebihi 5,000MW.

Ini diikuti loji di Tanjung Kidurong dengan kapasiti 800MW pada 2021 dan Empangan Kuasa Hidro Elektrik (HEP) Baleh berkapasit­i 1,200MW pada 2026.

“Dengan pengembang­an sistem tenaga di Sarawak, operasi sistem optimum boleh dicapai menerusi sambungan kepada sistem tenaga lain di Kalimantan, Brunei atau Sabah.

“Sarawak Energy telah menyambung talian transmisi 275KV dari Mambong di Sarawak ke Bengkayang di Kalimantan Barat menerusi perjanjian pertukaran tenaga.

“Projek ini telah berjaya dan langkah pertama ke arah membina sambungan tenaga rentas sempadan di Pulau Borneo yang juga dikenali sebagai Grid Borneo,” ujarnya.

Sarawak menurut Dr Rundi lagi, komited untuk merancang sistem kuasa yang berhemah di Sarawak dan memastikan operasi yang berkekalan untuk rakyat negeri menikmati elektrik yang berpatutan dan boleh dipercayai.

Pembanguna­n sektor hidro yang berjaya katanya, adalah bahagian penting dalam pertumbuha­n pembanguna­n sosioekono­mi Sarawak dan telah menarik pelaburan dari industri intensif tenaga di Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Di samping itu katanya, kuasa hidro tidak terdedah kepada turun naik harga pasaran, berbeza dengan bahan api fosil.

Kesannya, pelanggan Sarawak Energy menikmati tarif elektrik terendah di Malaysia, iaitu 38 peratus lebih rendah daripada Semenanjun­g Malaysia dan antara yang terendah di ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia