Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain perlu jaga prestasi untuk kekal di Tottenham

-

LONDON: Mauricio Pochettino telah memberi amaran kepada pemain bintang di Tottenham bahawa dia tidak akan memilih pemain kerana ‘amal kebajikan’ jika mereka tidak memenuhi standardny­a.

Pochettino telah membekukan pemain pertahanan Belgium Jan Vertonghen untuk dua perlawanan pembukaan bagi musim Liga Perdana Inggeris (EPL), manakala pemain tengah Kenya Victor Wanyama dilaporkan bakal dijual.

Kedua-dua pemain merupakan pemain tetap bagi Tottenham pada masa lalu, dan pengecuali­an Vertonghen terutamany­a menarik perhatian kerana prestasiny­a yang amnya mengagumka­n.

Bagaimanap­un Pochettino menegaskan dia tidak terhutang budi kepada sesiapa pun dari segi pemilihan pasukan.

“Saya hanya akan memutuskan untuk cuba menurunkan pemain terbaik yang ada dalam kepala saya,” katanya kepada pemberita menjelang perlawanan menentang Newcastle pada malam ini (Ahad).

“Jika saya tidak menurunkan sesiapa, ia adalah kerana saya percaya ada pemain lain yang pada pendapat saya adalah lebih bagus.

“Segalanya mengenai prestasi. Segalanya mengenai hari ini. Bola sepak adalah mengenai hari ini dan esok, bukan semalam.”

Davinson Sanchez dan Toby Alderweire­ld telah diutamakan lebih daripada Vertonghen di bahagian tengah pertahanan Tottenham untuk kemenangan mereka ke atas Aston Villa dan keputusan seri di Manchester City.

“Kami berada dalam sebuah pasukan. Kami pertama sekali bukan sebuah badan amal kebajikan. Ia adalah mengenai prestasi dan kami adalah kakitangan kejurulati­han dan kami ada banyak pilihan untuk menurunkan pemain yang berlainan,” kata Pochettino.

“Saya adalah jurulatih dan perlu membuat keputusan dan berharap ia adalah betul.”

“Seperti semua pemain, bukan hanya Dele sahaja, mereka perlulah 100 peratus untuk berkemungk­inan bermain atau dipilih.”

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia