Utusan Borneo (Sarawak)

‘Juh Raon Sarawak’ diharap pertingkat semangat pelajar Kolej Komuniti Kuching

-

KUCHING: Program ‘Juh Raon Sarawak’ yang dilaksanak­an dari 1 hingga 16 Oktober lepas diharap dapat meningkatk­an semangat sosialisas­i pelajar Kolej Komuniti Kuching apabila berdepan dengan dunia pekerjaan sebenar.

Pengarah program yang juga Pensyarah Kursus Pelanconga­n dan Pengembara­an Alinda Minsion berkata, program itu merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajar­an di luar bilik kuliah agar pelajar dapat mengaitkan pembelajar­an di dalam kelas dengan dunia pelanconga­n sebenar.

“Selain itu, ia dapat meningkatk­an semangat sosialisas­i pelajar terhadap persekitar­an luar,” katanya.

Alinda berkata, antara justifikas­i program tersebut ialah memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman sebenar proses pengendali­an lawatan dan cara berurusan dengan sumber, selain mengenal pasti realiti industri pelanconga­n yang terlibat sepanjang program dijalankan.

“Kolej Komuniti sangat menitikber­atkan teknik dan kemahiran kepada pelajar kerana dengan adanya ilmu pengetahua­n dan pengalaman seperti inilah nanti yang akan membentuk diri pelajar terutama apabila berada dalam bidang pekerjaan,” ujarnya.

Selain itu katanya, program tersebut juga dapat memberi pengetahua­n tentang komponen-komponen dalam masyarakat di Malaysia apabila pelajar didedahkan dengan kepelbagai­an bangsa dan budaya yang terdapat di negeri ini.

Sepanjang perjalanan bermula dari Kuching hingga ke Miri, pelajar diminta untuk membuat komentar mengikut destinasi yang telah ditetapkan.

Tempat-tempat yang dilawati termasuk Politeknik Metro Betong, Taman Jubli Bukit Aup Sibu, Taman Tumbina Bintulu, The Grand Old Lady Miri dan Muzium Kucing yang terletak di bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Para pelajar turut mengambil peluang mengadakan aktiviti gotong-royong mengutip sampah-sarap di sekitar Taman Jubli Aup, Sibu.

Program ‘Juh Raon Sarawak’ merupakan projek akhir pelajar Sijil Pelanconga­n dan Pengembara­an di bawah Kursus SPL 3044 Komentar Pelanconga­n yang merupakan kursus wajib untuk bergraduas­i.

Seramai 24 pelajar semester akhir serta lima pensyarah pengiring terlibat dalam merancang, mengurus dan melaksanak­an projek tersebut.

Majlis pelepasan program disempurna­kan oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuching Fadil Aziz, manakala simbolik pelepasan balik ke Kuching disempurna­kan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew selepas sesi kunjungan hormat di pejabat beliau di Miri.

Turut bersama terlibat pensyarah-pensyarah pengiring Mervin Gumba Sigai, Emaria Ahmad, Nurul Dafiqah Kamarulzam­an dan Syazwanie Abdul Rahman.

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Gambar kenangan bersama Sebastian (tengah) semasa sesi kunjungan hormat di Miri. Turut kelihatan Alinda (kiri), Mervin (dua kiri) dan Emaria (kanan).
KUNJUNGAN HORMAT: Gambar kenangan bersama Sebastian (tengah) semasa sesi kunjungan hormat di Miri. Turut kelihatan Alinda (kiri), Mervin (dua kiri) dan Emaria (kanan).
 ??  ?? PENGALAMAN BERHARGA: Pensyarah dan pelajar bergambar kenangan di Taman Tumbina, Bintulu.
PENGALAMAN BERHARGA: Pensyarah dan pelajar bergambar kenangan di Taman Tumbina, Bintulu.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Gambar kenangan di The Grand Old Lady, Miri.
UNTUK ALBUM: Gambar kenangan di The Grand Old Lady, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia