Utusan Borneo (Sarawak)

Memulakan perniagaan dalam talian... tanpa wang

-

HARI ini, golongan muda yang memulakan perniagaan dalam talian sama ada ketika mereka masih belajar atau selepas menamatkan pelajaran adalah satu perkara biasa.

Malangnya, terdapat beberapa halangan yang boleh menghalang anda untuk berbuat demikian dan salah satunya adalah modal kewangan kerana kebanyakan orang tidak mempunyai kelebihan tersebut, terutama untuk memulakan perniagaan.

Bagaimanap­un, dengan teknologi yang betul di tangan anda, perkara ini mungkin bukan satu halangan besar untuk diatasi kerana terdapat usahawan berjaya yang memulakan perniagaan dalam talian dengan menggunaka­n jumlah wang yang sedikit ataupun tanpa wang.

Oleh itu, jika anda merancang untuk memulakan perniagaan dalam talian, berikut adalah beberapa pekara yang tidak memerlukan modal kewangan (atau sekurang-kurangnya sedikit):

Set kemahiran anda

Kemahiran dan bakat yang anda miliki dapat menjadi kelebihan dalam menjalanka­n perniagaan dalam talian, terutama jika melibatkan kemahiran digital seperti pengkodan dan kepakaran dalam teknologi mobile.

Pekerja bebas boleh bekerja dari rumah dengan menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an seperti menulis, mengedit dan mereka bentuk.

Oleh itu, jika perniagaan dalam talian anda menawarkan perkhidmat­an seperti ini, modal tidak akan menjadi isu kepada anda.

Pelan perniagaan

Menyediaka­n pelan perniagaan tidak memerlukan wang sama sekali. Bagaimanap­un, ia cuma memerlukan masa dan kegigihan anda.

Apabila merancang perniagaan dalam talian tanpa modal kewangan, anda dinasihatk­an untuk memulakan secara kecilkecil­an supaya anda mempunyai peluang untuk berkembang.

Sebagai contoh, anda mungkin tidak memerlukan pejabat atau kakitangan sebagai permulaan, jadi anda tidak perlu bimbang tentang sewa, bil utiliti dan gaji untuk perniagaan.

Media sosial

Platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram adalah percuma, jadi dalam erti kata lain, anda tidak perlu membayar untuk menggunaka­nnya. Selain itu, platform-platform tersebut juga merupakan alat pemasaran dan pengiklana­n yang sangat baik untuk perniagaan dalam talian anda. Sebahagian besarnya juga percuma.

Bergantung dengan jenis pelanggan yang anda sasarkan, anda mempunyai akses kepada pelbagai pelanggan berpotensi melalui platform ini.

Malah, startup kecil-kecilan dalam talian juga mampu menarik pangkalan pengguna melalui strategi pengiklana­n dan pemasaran yang betul di media sosial.

Aplikasi dan alatan

dalam talian

Sekiranya anda mempunyai perniagaan dalam talian, maka anda akan tahu bahawa keusahawan­an dalam talian adalah mencabar dan penuh dengan peluang.

Denganbegi­tubanyakca­baran, cara paling bijak untuk berjaya adalah dengan memanfaatk­an sumber-sumber yang ada yang tidak memerlukan apa-apa dari e-dompet anda.

Pada masa kini, anda boleh mencari beribu-ribu aplikasi percuma dan alat dalam talian seperti aplikasi perkongsia­n fail atau alat berkomunik­asi untuk membantu anda memulakan perniagaan dalam talian.

dan adalah dua contoh alat dalam talian yang boleh anda gunakan untuk menguruska­n pelbagai platform media sosial.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia