Utusan Borneo (Sarawak)

Samsung Electronic­s kekal di tempat keenam ranking jenama terbaik Global Interbrand’s 2019

-

KUALA LUMPUR: Samsung Electronic­s Co. Ltd. mengekalka­n kedudukann­ya di tempat keenam dalam senarai Best Global Brands 2019 Interbrand dengan nilai jenama AS$61.1 bilion, peningkata­n dua peratus nilai jenama berbanding tahun lepas.

Dalam kenyataan semalam, ia berkata faktor utama yang memain peranan penting dalam pertumbuha­n Samsung ialah pelancaran produk-produk inovatif berterusan yang sesuai dengan gaya hidup, trend, dan keperluan baharu pengguna termasuk peti sejuk BESPOKE, Sero TV, dan Galaxy Fold.

Faktor lain termasuk potensi pertumbuha­n yang kukuh berdasarka­n inovasi teknologi masa hadapan termasuk 5G, AI, IoT dan perniagaan automotif serta kedudukan nombor satu global dalam pasaran memori dan teknologi memori semikonduk­tor dalam industri.

Ketua Pegawai Pemasarann­ya YH Lee berkata syarikat itu teruja bahawa usaha berterusan­nya untuk memperkena­l inovasi bermakna yang menggembir­akan pengguna dan membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik, telah diterima dengan baik.

“Untuk memperting­kat lagi jenama, kami akan terus mendengar dan belajar daripada pengguna serta membawa perubahan dalam masyarakat menerusi inovasi, supaya kita semua boleh maju bersama-sama,” katanya dalam kenyataan itu.

Perniagaan mudah alih Samsung pula melancarka­n dengan jayanya siri Galaxy, di mana syarikat itu menerajui industri dalam kategori telefon pintar yang boleh dilipat menerusi pelancaran Galaxy Fold selain meneruskan usahanya dengan pengguna menerusi kisah jenama Samsung ‘Do What You Can’t’.

“Perniagaan paparan visualnya, yang telah memimpin pasaran selama 13 tahun berturut-turut, bukan sahaja memberikan pengalaman tontonan baharu kepada pengguna melalui QLED 8K dan paparan mikro-LED, malah mencermink­an gaya hidup pengguna menerusi pengenalan he Sero, The Frame dan The Serif,” katanya.

Bagi peralatan digital, Samsung mengekalka­n kedudukan kepimpinan­nya dalam pasaran premium bagi peti sejuk dan mesin basuh dan terus mengeluark­an produk-produk baharu yang inovatif dengan memberi manfaat berbeza kepada pengguna seperti BESPOKE. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia