Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 3,000 penyokong Lang Merah bersesak dapatkan tiket

-

ALOR SETAR: Lebih 3,000 penyokong Lang Merah bersesak di lima kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Aman bagi mendapatka­n tiket separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang yang dijadualka­n jam 9 malam ini.

Tinjauan Bernama di stadium mendapati rata-rata penyokong Kedah yang beratur seawal 6 pagi tadi sudah berjaya mendapatka­n tiket sebaik kaunter jualan dibuka jam 10.10 pagi semalam.

Seorang penyokong Kedah, Norhayati Che Ros, 50, berkata beliau dan suami, Abdullah Mat Said, 53, keluar dari rumahnya di Taman Sri Angsana, Sungai Petani seawal pukul 5 pagi dan sebaik tiba di stadium, mereka terus beratur di kaunter.

"Walaupun terpaksa keluar awal, saya gembira kerana berjaya dapatkan tiga keping tiket untuk menonton perlawanan esok bersama penyokong-penyokong lain. Saya akan pergi menyokong pasukan Kedah bersama suami dan anak perempuan kami.

"Saya harap pemain-pemain Kedah dapat kalahkan pasukan lawan dengan jaringan 3-0 dan boleh masuk final. Kalau Kedah masuk final, saya dan suami akan ke Stadium Bukit Jalil, untuk beri sokongan kepada pasukan," katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman di sini, semalam.

Sementara itu, seorang suri rumah berusia 64 tahun, Siti Rizana Hadzir berkata beliau datang ke stadium dengan menaiki motosikal seorang diri dari Jitra pada pukul 7 pagi, untuk membeli tiket buat dirinya, suami dan cucu lelaki.

"Saya mula minat tengok bola sepak sejak sering kali temankan cucu lelaki main bola di sekolahnya. Dari situ, mula minat tengok pasukan Kedah main bola dan hampir semua perlawanan di sini saya akan turun ke stadium untuk tengok.

"Jadi, bila dapat beli tiket ini memang rasa puas hati sangat. Berbaloi datang awal dan saya harap Kedah dapat main dengan bersungguh-sungguh dan menang perlawanan esok untuk dapat masuk final," katanya.

Muhammad Alif Najmi Nor Shabudin, 19, dari Pendang berkata beliau berharap pemain dapat bermain dengan bersungguh-sungguh dan menjaringk­an gol 3-0 dan dapat memasuki perlawanan final pada musim ini.

"Saya harap pasukan Kedah dapat masuk final dan berjumpa dengan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana kalau boleh ini masanya pasukan Kedah tebus balik kekalahan semasa berdepan JDT sebelum ini," katanya. — Bernama

 ??  ?? MARQUEZ
MARQUEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia