Utusan Borneo (Sarawak)

Filem Upin & Ipin tersenarai pencalonan anugerah Oscar

Pelbagai filem dan dokumentar­i untuk pencinta muzik di Festival Filem Rom

-

TIGA legenda filem Amerika Syarikat (AS), Bill Murray, John Travolta dan Ethan Coen, mengetuai bintangbin­tang yang pergi ke Rom untuk Festival Filem pada tahun ini, yang kini sedang berlangsun­g di ibu negara Itali tersebut sejak Khamis.

Daripada gengster kepada ketua pembantu rumah, zombi dan seorang penyiasat persendiri­an, festival filem itu memaparkan hampir 40 buah filem dalam pemilihan rasminya selain perbincang­an dengan beberapa pelakon senarai A dan fokus khas kepada muzik.

Pengarah yang memenangi anugerah Edward Norton akan membuka festival itu dengan ‘Motherless

Brooklyn’, sebuah filem misteri pembunuhan yang memaparkan seorang penyiasat persendiri­an dengan sindrom Tourette – lakonan Norton – dan dibintangi Bruce Willis sebagai mentornya.

Filem arahan Martin Scorsese

‘The Irishman’,

yang digelar “drama epik mengenai jenayah terancang di Amerika pasca perang”, seterusnya akan menjadi tumpuan utama di Rom selepas ia mengadakan tayangan perdana dunia di Festival Filem New York.

Filem yang berharap untuk memenangi anugerah Oscar itu, yang dibintangi Al Pacino dan Robert De Niro, menyatukan semula Scorsese

– yang sudah dicalonkan untuk anugerah Oscar bagi pengarah terbaik sebanyak lapan kali, lebih banyak daripada manamana pengarah lain yang masih hidup – bersama penulis lakon layarnya untuk filem ‘Gangs of New

York’, Steve Zaillian. Peminat Downton Abbey, drama sejarah British yang amat popular tentang kehidupan sebuah keluarga aristokrat dan pembantu rumah mereka, bakal menerima layanan diraja dengan filem berdiri sendiri di mana Raja George V datang untuk tinggal bersama mereka.

Penggemar filem seram dapat menonton ‘Scary Stories to Tell in the Dark’ oleh pengarah dari Norway, Andre Ovredal, satu pesta seram Halloween yang melibatkan orang-orang jahat dan ibu jari kaki putus yang diterbitka­n oleh guru pemenang Oscar bagi segalanya yang menakutkan, Guillermo Del Toro.

PENYANYI, PENULIS LAGU

Festival pada tahun ini mempunyai pelbagai jenis filem dan dokumentar­i untuk pencinta muzik, bermula dengan filem arahan Rupert Goold ‘Judy’, yang dibintangi Renee Zellweger, memgenai waktu bermasalah menjelang penghujung karier gilanggemi­lang penyanyi, Judy Garland.

Kehidupan penyanyi opera paling terkenal sepanjang zaman dari Itali, Luciano Pavarotti, diterokai dalam sebuah dokumentar­i oleh Ron Howard, yang mengikuti lengkungan kariernya menerusi video keluarga, rakaman dan pengkritik muzik.

Dan mereka yang kecewa bahawa penyanyi dan penulis lagu dari AS Bruce Springstee­n tidak mengadakan jelajah untuk album terbaharun­ya dapat menonton ‘Western

Stars’, sebuah filem konsert yang dibuat dalam sebuah bangsal di hartanahny­a, di mana penyanyi berusia 69 tahun itu berdepan dengan perkara yang menghantui­nya.

Penggemar fesyen akan mendapat peluang untuk melihat akses di sebalik tabir yang unik kepada kehidupan pereka Ralph Lauren dalam ‘Very Ralph’, sebuah dokumentar­i yang memaparkan komen daripada rakanrakan lain yang kreatif termasuk Calvin Klein dan mendiang Karl Lagerfeld.

Bar tepi ‘pertemuan dekat’, di mana pelakon dan pengarah duduk untuk berborak di depan audiens secara langsung, akan merangkumi sesi bersama aktres Perancis, Fanny Ardant, pengarah Jepun Kore-Eda Hirokazu dan aktres AS Viola Davis.

Davis yang memenangi anugerah-anugerah Oscar, Emmy dan Tony akan menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat di festival itu bersama Bill Murray.

Bintang John Travolta dari ‘Saturday Night Fever’ akan menerima anugerah Lakonan Utama bagi lakonannya dalam

filem mendebarka­n ‘The

Fanatic’, di mana dia membawa watak seorang peminat filem yang taksub dengan seorang pelakon Hollywood.

Filem samping ‘The

Big Lebowski’ arahan

John Turturro, ‘The

Jesus Rolls’, yang mengikuti watak Jesus Quintana dari filem asal, mengadakan tayangan perdana sedunia di festival itu pada Rabu lepas sebagai satu acara pra-pembukaan.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MALAM PEMBUKAAN: Edward Norton dan isterinya, penerbit filem Kanada Shauna Robertson tiba untuk tayangan ‘Motherless Brooklyn’ semasa Festival Filem Rom (Festa del Cinema di Roma) ke14 pada 17 Oktober lepas.
— Gambar AFP MALAM PEMBUKAAN: Edward Norton dan isterinya, penerbit filem Kanada Shauna Robertson tiba untuk tayangan ‘Motherless Brooklyn’ semasa Festival Filem Rom (Festa del Cinema di Roma) ke14 pada 17 Oktober lepas.
 ??  ?? BRUCE SPRINGSTEE­N
BRUCE SPRINGSTEE­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia