Utusan Borneo (Sarawak)

UNICEF iktiraf kemajuan Malaysia kukuh ketersedia­an data kanak-kanak

-

KUALALUMPU­R:Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengiktira­f kemajuan ketara yang dicapai Malaysia dalam mengukuhka­n ketersedia­an data berkualiti tinggi berkenaan kanak-kanak.

Wakil UNICEF di Malaysia Marianne Clark-Hattingh dalam kenyataan semalam berkata kandungan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) untuk mengkaji semula garis kemiskinan jelas membuktika­n komitmen Malaysia untuk mengukuhka­n sistem statistik kebangsaan.

“Namun begitu, ini juga patut menjadi peringatan bahawa sistem-sistem ini perlu melalui pembaharua­n yang kerap untuk memastikan ia bergerak balas terhadap konteks sosioekono­mi Malaysia yang berubah dan komitmen antarabang­sa baru muncul seperti Matlamat Pembanguna­n Mampan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n sempena Hari Statistik Kebangsaan.

WKB2030 dilancarka­n

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal bulan ini merupakan kerangka hala tuju negara bagi tempoh tahun 2021 sehingga 2030 dengan antara matlamatny­a merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin.

Beberapa kumpulan termasuk kanak-kanak akan diberikan keutamaan supaya kedudukan sosioekono­mi merekadapa­tdibaikpul­ihagar mereka tidak ketinggala­n.

Clark-Hattingh turut mencadangk­an Malaysia mengambil langkah seterusnya untuk menangani jurang data yangberula­ng-ulangterma­suk mengukuhka­n rangka kerja tinjauanke­bangsaanda­nsistem pengurusan data pentadbira­n untuk memastikan pembekalan data berkenaan kesejahter­aan kanak-kanak dilakukan secara tepat dan terpisah serta kena pada waktunya.

“Penggunaan data yang berkesan boleh membantu kita bukan sahaja untuk memantau hasil untuk kanakkanak, tetapi juga untuk membuat keputusan dengan wawasan yang lebih baik berkenaan apa yang berhasil, apa yang tidak, kanak-kanak manakah yang berkembang dengan baik dan mana yang tertinggal,” katanya.

UNICEF membantu mengumpul dan menganalis­is data pelbagai negara seluruh dunia antaranya bertujuan mengisi jurang data untuk memantau situasi kanak-kanak dan wanita. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia