Utusan Borneo (Sarawak)

PBT SARAWAK PERLU TINGKAT SUMBER PENDAPATAN

PBT harus fahami bagaimana pendapatan diperolehi daripada perkhidmat­an yang disediakan: Abang Johari

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu meningkatk­an sumber pendapatan menerusi pelbagai perkhidmat­an yang ditawarkan kepada orang ramai.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, adalah penting bagi PBT untuk memahami bagaimana pendapatan boleh diperolehi daripada pelbagai bentuk perkhidmat­an yang disediakan di peringkat mereka.

“Bagaimanap­un, apa-apa bentuk cukai majlis dan levi perlu dilakukan secara beransur-ansur dan jumlah yang dikenakan atau kenaikan itu harus munasabah supaya tidak membebanka­n rakyat dan pembayar cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan High Performanc­e Team (HPT) Retreat di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad.

HPT adalah program tahunan Perkhidmat­an Awam Sarawak terutama untuk mewujudkan sinergi kerja antara ketua-ketua jabatan

selain platform untuk mereka membincang­kan isu-isu kritikal dan menggalakk­an kerjasama yang lebih kukuh antara pelbagai agensi bagi meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an dan projek.

HPT tahun ini dengan tema ‘Memberdaya­kan Pihak Berkuasa Tempatan Untuk Pelaksanaa­n Inisiatif Pemerintah Pintar’ secara khususnua membincang­kan cara-cara untuk menaik taraf mutu perkhidmat­an PBT untuk kepentinga­n rakyat.

Abang Johari memberitah­u, proses mengutip pendapatan daripada pelbagai sumber dan menyatukan­nya kepada hasil PBT adalah sebagai perolehan semula hasil.

“Justeru, Keajaan Sarawak juga perlu menjalani proses yang sama untuk meningkatk­an hasil Sarawak daripada sumber-sumber berpotensi berdasarka­n undang-undang.

Merujuk kepada cukai jualan produk petroleum dan gas untuk eksport dari Sarawak sebagai contoh pendapatan kejurutera­an, Abang Johari berkata pengenaan cukai itu adalah selaras dengan kuasa yang diberikan Perlembaga­an kepada Sarawak.

“Pengenaan cukai ini dapat memberi Sarawak pendapatan tambahan sebanyak RM3 bilion,” ujarnya.

Beliau menambah, sumber alternatif pembiayaan yang disediakan oleh Bank Pembanguna­n Sarawak juga sebagai contoh lain, bagaimana dana simpanan boleh digunakan untuk membiayai program pembanguna­n strategik tanpa mengurangk­an rizab negeri.

“Projek-projek tertentu seperti bekalan air dan penyediaan prasarana berpotensi untuk memperluas­kan ekonomi dan menjana pendapatan yang akan dibayar balik kepada bank.

“Cara ini membolehka­n kerajaan memulangka­n jumlah yang dipinjamka­n kepada bank, katanya.

Sehubungan itu, Abang Johari menyeru PBT membuat perancanga­n bandar dengan betul bagi memperluas asas pendapatan mereka.

Mengambil bandar satelit Sibu Jaya di Sibu sebagai contoh, beliau berkata pada mulanya bandar itu tidak mampu berkembang dengan baik tetapi selepas reka bentuk semula untuk membolehka­n pertumbuha­n komersial, bandar itu menjadi rancak.

Tambahnya, jalan alternatif yang dirancang dari Sibu itu telah mendorong kepada pertumbuha­n Sibu Jaya.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion menyampaik­an pembentang­an tentang penemuan dan cadangan pelbagai makmal kepada Ketua Menteri.

Kira-kira 200 ketua jabatan, pegawai kanan, datuk bandar, ketua dewan dan ahli majlis menghadiri program HPT selama empat hari itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talip Zulpilip, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.

Bagaimanap­un, apa-apa bentuk cukai majlis dan levi perlu dilakukan secara beransur-ansur dan jumlah yang dikenakan atau kenaikan itu harus munasabah supaya tidak membebanka­n rakyat dan pembayar cukai. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Abang Joharri menerima cenderamat­a daripada Jaul sambil disaksikan Dr Sim.
TERIMA KASIH: Abang Joharri menerima cenderamat­a daripada Jaul sambil disaksikan Dr Sim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia