Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK MERANGKUL TEMPAT KEDUA

Kutip enam pingat emas, sembilan perak dan 21 gangsa pada Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan

- Oleh Harry Ilias

LUNDU: Kontinjen Sarawak membuktika­n kehebatann­ya apabila merangkul tempat kedua secara keseluruha­n pada Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan TM WTF-NSC-MILO Ke-10 sempena Bulan Sukan Negara (BSN) yang melabuh tirai di Pusat Latihan Bajo SALCRA, Lundu kelmarin.

Kontinjen negeri mengutip enam pingat emas, sembilan perak dan 21 gangsa berada di belakang juara, Koryo TKD Club yang meraih 17 emas, 12 perak dan 16 gangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu dalam teks ucapannya dibacakan oleh Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani berterima kasih kepada Persatuan Taekwondo Malaysia dan Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) yang dipengerus­ikan anaknya, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menganjurk­an kejohanan julung kali itu di Lundu.

Azizul dalam ucapan aluannya mengucapka­n terima kasih atas kerjasama semua pihak terutamany­a Persatuan Taekwondo Malaysia, Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak dan Pejabat Pu

Terima kasih kepada semua peserta dan ibu bapa yang datang dari jauh menyertai pertanding­an ini. Ambil peluang untuk bertandang ke Taman Negara Lundu yang tidak jauh dari Pekan Lundu dan pantainya yang cantik tidak jauh dari Pusat Latihan Bajo SALCRA Lundu. Azizul Annuar Pehin Sri Adenan Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak

sat Khidmat DUN Tanjong Datu kerana merealisas­ikan kejohanan tersebut.

“Terima kasih kepada semua peserta dan ibu bapa yang datang dari jauh menyertai pertanding­an ini. Ambil peluang untuk bertandang ke Taman Negara Lundu yang tidak jauh dari Pekan Lundu dan pantainya yang cantik tidak jauh dari

Pusat Latihan Bajo SALCRA Lundu.

“Jika di Sabah, Kudat merupakan ‘Tip Of Borneo’, di Sarawak Telok Melano yang terdapat di Tanjong

Datu dikenali sebagai ‘The Beginning of Borneo’. Selepas pertanding­an ini jemput datang lagi untuk menikmati alam semula jadi dan pantai yang paling cantik di

Sarawak,” kata Azizul.

Majlis turut dihadiri oleh Naib Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia, G Kriashmuth­y, Pengerusi Teknikal Taekwando Malaysia, Dhanraj Rassiah dan Pengerusi Teknikal Taekwondo Sarawak, Tan Check Joon.

Sebanyak 28 penyertaan dari setiap negeri dan kelab terkemuka seluruh Malaysia berkampung selama tiga hari di Pusat Latihan Bajo SALCRA, Lundu bermula dari 18 hingga 20 Oktober lalu.

 ??  ??
 ??  ?? MERIAH: Jamilah dan Azizul (tengah) bersama pemenang, penganjur dan tetamu pada kejohanan taekwondo remaja kebangsaan di Lundu.
MERIAH: Jamilah dan Azizul (tengah) bersama pemenang, penganjur dan tetamu pada kejohanan taekwondo remaja kebangsaan di Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia