Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya Everwin sertai i-KeeP

Penyertaan sangat digalak bagi meringanka­n beban pengguna ekoran kenaikan kos sara hidup

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengalualu­kan penyertaan pasar raya atau kedai harga berpatutan dalam inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP).

Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata, meskipun tidak ada sasaran untuk penyertaan itu namun mereka sangat digalakkan mengambil bahagian dalam insiatif tersebut bagi meringanka­n beban pengguna ekoran kenaikan kos sara hidup.

“Sejak i-KeeP dilancarka­n di Kuching, hanya Everwin SdnBhdsaha­jayangmeny­ertai inisiatif ini.

“Oleh itu, kita amat menggalakk­an manamana pasar raya atau kedai harga berpatutan untuk bekerjasam­a dengan kita menyertai i-KeeP.

“Kita harap lebih banyak yang akan mengambuil bahagian dalam inisiatif iKeeP ini supaya kita dapat menawarkan lebih banyak barang keperluan kepada

Sejak i-KeeP dilancarka­n di Kuching, hanya Everwin Sdn Bhd sahaja yang menyertai inisiatif ini. Chong Chieng Jen Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

pengguna pada harga yang lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penutupan Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2019 di sini, malam kelmarin.

Chong menambah, i-KeeP setakat ini telah menerima sambutan yang amat menggalakk­an daripada penggunada­niasememan­gnya telah dapat mengurangk­an beban pengguna.

Sehingga April tahun ini, sejumlah enam rangkaian pasar raya dan koperasi telah menjalin kerjasama strategik dengan kerajaan atas inisiatif ini iaitu Tunas Manja Group (TMG), KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), Segi Cash &

Carry Sdn Bhd, (Segi Fresh), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (D’Mart), Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad (SKOMK) dan Big Supermart Sdn Bhd (BIG Supermart) manakala di Kuching hanya Everwin Sdn Bhd mengambil bahagian.

Chong berkata, kedai runcit atau pasar raya yang berminat menyertai i-KeeP boleh mendaftar dengan pejabat KPDNHEP berhampira­n.

“i-KeeP telah dilaksanak­an menerusi kerjasama strategik kerajaan dengan syarikat yang berkaliber, tanpa melibatkan bantuan kerajaan.

“Penekanan jualan akan diberikan kepada keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung gandum dan beras. Barangan ini mudah didapati di pasar raya atau kedairunci­tselagiand­amelihat tag i-KeeP pada produk tersebut yang membawa makna harga produk jauh lebih rendah daripada harga biasa,” jelasnya.

Sementara itu, pelbagai aktiviti termasuk jualan produk tempatan, pertanding­an karaoke Super Idol 2019, instafamou­s biz challenge, Cabaran Food Truck Biz, pertanding­an e-sukan dan pertanding­an gerai terbaik diadakan sepanjang tiga hari karnival itu berlangsun­g.

 ??  ??
 ??  ?? BERTUAH: Chong merakam gambar bersama pemenang utama cabutan bertuah berupa kereta Axia, Mohamad Suzimandy (dua kanan) pada Majlis Penutupan Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2019 di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan, Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan (kanan).
BERTUAH: Chong merakam gambar bersama pemenang utama cabutan bertuah berupa kereta Axia, Mohamad Suzimandy (dua kanan) pada Majlis Penutupan Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2019 di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan, Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia