Utusan Borneo (Sarawak)

KEKASIH DIHUKUM MATI

Pasangan kekasih Indonesia ke tali gantung akibat membunuh anak sendiri.

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

Hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warga Indonesia dikekalkan manakala kekasihnya yang terdahulu dibebas dan dilepaskan, semalam dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan di sini, atas kesalahan membunuh bayi mereka pada 2013.

Bayi berkenaan merupakan bayi berusia dua hari hasil daripada hubungan sulit mereka.

Justeru, sidang panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Zaleha Yusof dan disertai Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Hanipah Farikullah menetapkan demikian selepas berpuas hati mendengar penghujaha­n pihak pendakwaan.

“Mahkamah Rayuan hari ini (semalam) mengetepik­an keputusan mahkamah rendah terdahulu dan mengekalka­n hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh pertama (Soha Beta),” ujar Zaleha ketika menyampaik­an keputusan sebulat suara sidang panel hakim Mahkamah Rayuan.

“Manakala tertuduh kedua (Herna Molla) yang terdahulu dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hari ini (semalam) dijatuhi hukuman gantung sampai mati,” tambahnya.

“Kedua-dua tertuduh tidak mengangkat sumpah sewaktu memberi keterangan di mahkamah.

“Justeru, segala perkara yang dinyatakan kedua-dua tertuduh semasa memberi keterangan tidak diambil kira,” ujarnya lagi.

Soha Beta, 38, terdahulu disabitkan kesalahan di bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Miri pada 29 Januari tahun lalu.

Sementara itu pasanganny­a, Herna Molla, 32, pula dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah seksyen sama berikutan pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Bagaimanap­un, Soha membuat rayuan terhadap hukuman yang disabitkan kepadanya tetapi pihak pendakwaan merayu agar keputusan bagi Herna disemak semula di Mahkamah Rayuan.

Mengikut pertuduhan, keduadua tertuduh didapati melakukan pembunuhan dengan menyebabka­n kematian ke atas seorang bayi lelaki iaitu anak mereka sendiri yang berusia lebih kurang dua hari pada 26 November 2013 jam lebih kurang 3.30 petang.

Mereka didapati menanam bayi itu hidup-hidup kira-kira satu kaki di bawah tanah di Lereng Bukit, Jalan Ladang di Suai, Batu Niah.

Menurut fakta kes, Soha yang berasal dari Sulawesi Selatan merupakan abang ipar kepada Herna.

Hasil hubungan sulit mereka, mereka dikurniaka­n seorang bayi lelaki.

Kedua-duanya tidak disarankan kembali ke ladang tempat mereka tinggal oleh pengurus ladang tersebut berikutan terdapat beberapa pekerja yang tidak berpuas hati dengan hubungan sulit mereka.

Bayi tersebut pada mulanya hendak diserahkan kepada keluarga lain namun tiada bukti kukuh menunjukka­n kedua-duanya berbuat demikian.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ranbir Singh Sangha manakala pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

 ??  ?? TERIMA HUKUMAN: Herna Molla selepas selesai prosiding Mahkamah Rayuan dan hendak menuju
ke bilik tahanan Mahkamah Kuching.
DIKAWAL KETAT: Soha Beta ketika menunggu
di ruangan lobi Mahkamah Kuching.
TERIMA HUKUMAN: Herna Molla selepas selesai prosiding Mahkamah Rayuan dan hendak menuju ke bilik tahanan Mahkamah Kuching. DIKAWAL KETAT: Soha Beta ketika menunggu di ruangan lobi Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia