Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam catat rampasan besar rokok di Bintulu

Rokok bernilai RM229,640 dengan cukai RM1.73 juta dirampas di Bintulu Sabtu lalu

- Oleh Ambrose Rirang

Saya turut difahamkan bahawa bekalan rokok terbabit dipercayai dibawa masuk dari luar negara untuk diedar serta dipasarkan di pasaran tempatan terutama untuk ribuan pekerja asing yang bekerja di kilang kayu dan papan lapis sekitar kawasan perindustr­ian Kemena. Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha Pengarah Kastam Negeri Sarawak

BINTULU: Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuching berjaya merampas 252 ‘master case’ rokok bersamaan 2.587 juta batang pelbagai jenama dengan anggaran nilai RM229,640 yang melibatkan cukai sebanyak RM1.73 juta, dalam serbuan serta tangkapan yang dijalankan ke atas sebuah kontena di tebing Sungai Kemena, Sabtu lalu.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha dalam satu kenyataan media semalam bertindak atas maklumat serta risikan, sepasukan anggota kastam daripada Cawangan Operasi Darat Ibu Pejabat Kuching dengan kerjasama Bahagian Penguatkua­saan JKDM Bintulu telah melakukan serbuan serta pemeriksaa­n rapi di tebing Sungai Kemena.

Katanya, pemeriksaa­n yang dijalankan dengan kerjasama JKDM Bintulu itu menjumpai ‘master case’ rokok berkenaan yang mana pemeriksaa­n lanjut mendapati ia belum lulus kastam kerana tidak bersetem cukai.

Bercakap mengenai modus operandi yang digunakan, Sharifah berkata bekalan rokok terbabit dipercayai dibawa masuk melalui Sungai Kemena sebelum memunggahn­ya berhampira­n kilang papan tepi sungai bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa.

“Saya turut difahamkan bahawa bekalan rokok terbabit dipercayai dibawa masuk dari luar negara untuk diedar serta dipasarkan di pasaran tempatan terutama untuk ribuan pekerja asing yang bekerja di kilang kayu dan papan lapis sekitar kawasan perindustr­ian Kemena,” katanya.

Kontena berkenaan berserta barangan rampasan telah disita dan dibawa ke Stor Penguatkua­saan Bintulu sebagai bahan bukti dalam siasatan.

Kes ini katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang mana jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan penalti kerana membuat akuan tidak betul serta memalsukan dokumen.

“Dengan tumpasnya sindiket penyeludup­an rokok ini, satu lagi kejayaan besar dicatat JKDM dalam membantera­s kegiatan penyeludup­an ‘master case’ rokok belum lulus kastam kerana tidak bersetem cukai di Bintulu,” tambahnya.

 ??  ?? DIRAMPAS: Sejumlah 252 ‘master case’ rokok bersamaan 2.587 juta batang pelbagai jenama dianggarka­n bernilai RM229,640 melibatkan cukai RM1.73 juta berjaya dirampas JKDM dalam serbuan di tebing Sungai Kemena Sabtu lalu.
DIRAMPAS: Sejumlah 252 ‘master case’ rokok bersamaan 2.587 juta batang pelbagai jenama dianggarka­n bernilai RM229,640 melibatkan cukai RM1.73 juta berjaya dirampas JKDM dalam serbuan di tebing Sungai Kemena Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia