Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara guru lepas hukuman penjara dua tahun cabul pelajar

-

KUCHING: Mahkamah Rayuan mengetepik­an hukuman penjara dua tahun terhadap seorang bekas guru yang didakwa mencabul kehormatan pelajarnya yang berusia 11 tahun pada Januari 2016.

Sidang panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Zaleha Yusof dan disertai Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara mengambil keputusan berkenaan selepas mendapati terdapat beberapa isu timbul mengenai kredibilit­i saksi bagi kes berkenaan.

Ahamit Umping, 58, sebelum ini disabitkan hukuman penjara dua tahun di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan pelajar.

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret melakukan perbuatan tersebut dengan cara meraba bahagian kemaluan dan memegang buah dada pelajar tersebut ketika berada di dalam stor sukan di sebuah sekolah rendah di Jalan Bako.

Dia tidak mengaku bersalah melakukan perbuatan terbabit dan pihak pendakwaan memanggil seramai lima saksi untuk memberi keterangan.

Pihak pendakwaan berjaya menimbulka­n kes prima facie dan tertuduh diarah untuk membela diri.

Namun, tertuduh gagal menyangkal bukti pihak pendakwaan dan seterusnya disabitkan kesalahan.

Dia kemudian tidak berpuas hati dan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Rayuannya diterima dan dia dilepaskan dan dibebaskan daripada hukuman tersebut.

Dalam hal ini, bukti keterangan seorang daripada saksi kes berkenaan tidak dapat diterima berikutan tahap kepandaian saksi tidak dapat dikenal pasti kerana saksi berkenaan merupakan seorang kanak-kanak.

Justeru, timbul isu sama ada saksi berkenaan memahami tentang keperluan bercakap benar.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Rahman Mohd Hazmi dan Christophe­r Bada.

 ??  ?? LEGA: Ahamit (dua kiri) bersama peguamnya, Abdul Rahman (kiri) dan Christophe­r (kanan) selesai prosiding Mahkamah Rayuan.
LEGA: Ahamit (dua kiri) bersama peguamnya, Abdul Rahman (kiri) dan Christophe­r (kanan) selesai prosiding Mahkamah Rayuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia