Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan tubuh syarikat penerbanga­n sendiri tidak libat pembelian pesawat

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata cadangan kerajaan negeri untuk menubuhkan syarikat penerbanga­n sendiri bagi meningkatk­an kesalinghu­bungan di Sarawak tidak melibatkan pembelian pesawat.

Beliau memilih untuk menyewa pesawat bagi tujuan itu.

“Ini (penyewaan pesawat) akan menyediaka­n lebih banyak pilihan berbanding membeli pesawat,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penutupan High Performanc­e Tea (HPT) Retreat, Perkhidmat­an Awam Negeri di Port Dickson pada Ahad lepas.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata keputusan menyewa pesawat dibuat berdasarka­n pengalaman masa lalunya sambil menambah, perkhidmat­an terus dari lokasi-lokasi tertentu di luar negara langsung ke Kuching akan memberi lebih keselesaan kepada pelancong.

Beliau percaya menerusi usaha promosi dan meningkatk­an imej Sarawak di luar negara, potensi pelanconga­n negeri ini dapat dikembang dengan lebih baik.

Pada Februari tahun ini pada satu majlis, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak sedang meneliti cadangan menubuhkan syarikat penerbanga­n sendiri bagi menghubung­kan negeri ini dengan beberapa bandar raya utama di Asia Tenggara.

Beliau berkata selain Bangkok, turut berada dalam senarai penelitian ialah Jakarta, Manila dan Hong Kong yang dilihat berupaya memberikan kesan positif terhadap pertumbuha­n ekonomi negeri, khususnya sektor pelanconga­n.

Abang Johari juga mendedahka­n bahawa kerajaan negeri pernah mengemukak­an hasrat mengambil alih operasi MASwings daripada Malaysia Airlines namun rundingan dijalankan tidak membuahkan hasil.

“Sekarang, kita mempunyai beberapa pilihan untuk mempunyai syarikat penerbanga­n sendiri bersaiz kecil menghubung­kan Kuching dengan destinasi-destinasi strategik lain di wilayah ini.

“Kami masih memperinci­kan perkara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia