Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan perniagaan Brunei dan China lawat Miri

-

MIRI: Dua dewan perniagaan dari dua negara semalam mengadakan lawatan ke Miri dan kunjungan hormat ke Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina (MCCCI) bagi menjalin kerjasama.

Dewan Perniagaan Cina (CCCB) dari Brunei dan Persatuan Peniaga-Peniaga Luar Negara Chendu, Republik China sama-sama mengadakan kunjungan ke MCCCI di sini semalam, turut disambut Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin dan ahli jawatankua­sa eksekutif MCCCI.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin mengalu-alukan rangkaian kerjasama antara kedua-dua pihak berkenaan dengan MCCCI di sini, melibatkan pelbagai aspek pembanguna­n dan ekonomi.

Beliau berkata, MCCCI dan CCCB adalah contoh berkongsi matlamat bersama iaitu untuk meningkatk­an rangkaian perniagaan masing-masing.

Oleh itu, beliau berharap kedua-dua MCCCI dan CCCB dapat berkongsi beberapa kaedah dan formula untuk meningkatk­an lagi hubungan kerjasama perniagaan sedia ada dalam pelbagai sektor termasuk pelanconga­n.

“Kerajaan Sarawak sangat komited untuk menjadikan pelanconga­n sebagai sektor utama baharu untuk pertumbuha­n ekonominya.

“Oleh itu, kerajaan negeri berhasrat bekerjasam­a rapat dengan Royal Brunei Airlines (RBA) selaku negara jiran yang bersempada­n dan telah dikenal pasti sebagai pintu masuk yang ideal untuk pelawat memasuki Sarawak,” katanya.

Bagi pengunjung daripada Persatuan Peniaga-Peniaga Luar Negeri Chendu pula, Lee berkata kerajaan negeri telah melaksanak­an pelbagai program promosi pelanconga­n untuk menarik lebih ramai pelancong dari China melawat negeri ini.

Beliau berkata tidak ada masalah bagi pelancong dari China untuk datang ke Sarawak kerana kesamaan budaya Cina dan orang bukan Cina di negeri ini turut arif dengan budaya kaum berkenaan.

Pada masa yang sama, beliau memberitah­u kedua-dua kumpulan delegasi berkenaan bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang sangat unik di mana terdapat pemahaman dan toleransi yang tinggi dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan budaya.

Turut hadir Penolong Setiausaha MCCCI Chong Kin Kyon, Presiden CCCB Lim Tiong Han@Lim Peh Beng dan Naib Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Luar Negara Chendu Fu Jun.

 ??  ?? KERJASAMA: Lee (barisan depan, enam kanan) menyampaik­an cendermata kepada Lim, sambil disaksikan kedua-dua jawatankua­sa MCCCI dan CCCB.
KERJASAMA: Lee (barisan depan, enam kanan) menyampaik­an cendermata kepada Lim, sambil disaksikan kedua-dua jawatankua­sa MCCCI dan CCCB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia