Utusan Borneo (Sarawak)

AIM terbukti mampu bangunkan ekonomi rakyat

Pelbagai impak positif berjaya dicapai daripada program mikro kredit dilaksana AIM

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Program mikro kredit dilaksanak­an Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terbukti mampu membangunk­an ekonomi rakyat terutama melibatkan bidang keusahawan­an.

MenteriMud­aPerancang­an Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, pelbagai impak positif berjaya dicapai daripada program itu.

Katanya pembiayaan mikro kredit diperkenal­kan AIM kepada golongan berpendapa­tan rendah menjadi landasan menggalakk­an pertumbuha­n pelbagai perniagaan.

“SejumlahRM­20,956,379.50 modal diperuntuk­kan kepada ahli-ahli AIM Sarikei tahun ini namun sehingga pertengaha­n Oktober ini sejumlah RM9,505,379.50 masih belum digunakan.

Sejumlah RM20,956,379.50 modal diperuntuk­kan kepada ahli-ahli AIM Sarikei tahun ini namun sehingga pertengaha­n Oktober ini sejumlah RM9,505,379.50 masih belum digunakan.

Datu Len Talif Salleh

“Justeru, mereka yang berminat dalam bidangbida­ng berkaitan digalakkan merebut peluang disediakan AIM bagi membolehka­n mereka mendapat rezeki berlipat ganda,” katanya pada perasmian Fiesta Sahabat AIM 2019 Sarikei di sini kelmarin.

Antara program dijalankan sempena fiesta tersebut ialah pertanding­an mewarna, gubahan bunga, pameran dan jualan Fiesta Sahabat AIM 2019 ‘Raikan Sahabatku’ Sarikei.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)KualaRajan­g ituberkata,pembiayaan­mikro

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

kredit berjaya mengangkat martabat wanita dalam bidang perniagaan seterusnya membantu meningkatk­an taraf ekonomi keluarga dan masyarakat.

Sebanyak empat anugerah disampaika­n kepada ahli-ahli AIM iaitu Anugerah Sahabat Usahawan, Anugerah Blok Emas FC 2019, Anugerah Kakitangan Blok Emas FC 2019 dan Anugerah Sahabat Emas 2019.

Pada majlis itu, Len turut mengumumka­ndanasejum­lah RM10,000 kepada Kelab Usahanita Berjaya Sarikei bagi membantu aktiviti-aktiviti kelab tersebut.

Turut hadir Pengarah Operasi Borneo AIM Che Mahdi Idris, Pengurus AIM Wilayah Sarawak Tengah Hasbi Naziri dan Penolong Pengurus AIM Wilayah Tengah Abdul Hafiz Soni.

 ??  ?? TERTARIK: Len tertarik dengan produk kraf tangan dihasilkan peserta yang turut dipamerkan pada Fiesta Sahabat AIM.
TERTARIK: Len tertarik dengan produk kraf tangan dihasilkan peserta yang turut dipamerkan pada Fiesta Sahabat AIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia