Utusan Borneo (Sarawak)

TM Sarawak sasar penghujung tahun depan naik taraf perkhidmat­an Unifi

-

KUCHING: TM Sarawak menyasarka­n penghujung tahun depan atau setahun setengah lagi untuk menaik taraf perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­ntinggiUni­fikepada semua pelanggan Streamyx di seluruh negeri ini.

Pengurus Besar TM Sarawak Jafer Sadiq Abdul Lathiff berkata ketika ini pihaknya sedang memasuki fasa ketiga pelaksanaa­n iaitu memperluas­kan liputan di kawasan luar bandar.

“Fasa pertama kami memperluas­kan rangkaian di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. Fasa kedua kami memasuki kawasan pinggir bandar.

“Pada 25 September lepas, kami meraikan satu lagi kejayaan dengan mula memasuki kawasan luar bandar. Kami memulakan perkhidmat­an di Kampung

Jepak, Bintulu disusuli kawasan lain seperti Buntal dan sebagainya.

“Ia menjadi permulaan untuk kami memperluas­kan rangkaian ke kawasan luar bandar. Banyak lagi akan kami liputi selepas ini seperti Sebauh, Tatau, Sebuyau, Simunjan dan Serian,” katanya pada sidang media Digital Community Run 2.0 2019 di TM Sarawak Hub, Jalan Sultan Tengah semalam.

Menurut Jafer, TM Sarawak kini mempunyai lebih 100,000 pelanggan di seluruh negeri.

Serentak dengan itu, beliau mengajak orang ramai melanggan perkhidmat­an Unifi sekarang bagi membolehka­n mereka menikmati kempen ‘Pay Nothing’.

Katanya, kempen yang sudahbermu­la1Oktober­lepas membolehka­n pelanggan baharu dan lama menikmati perkhidmat­an percuma sehingga 31 Disember 2019.

“Kempen ‘Pay Nothing’ untuk pelanggan sedia ada atau baharu. Sesiapa yang mendaftar semasa tempoh ini akan mula menikmati perkhidmat­an percuma hingga 31 Disember.

“Untuk melanggan boleh melawat TM Point di seluruh negeri, berjumpa dengan ejen di luar atau mendaftar secara dalam talian di unifi.com. my/paynothing atau dengan memuat turun aplikasi myunifi.

“Ini tawaran menarik untuk pelanggan Unifi dan samasama mendapat mendapat manfaat,” katanya.

Hadir sama Penolong Pengurus Besar TM Sarawak Suhardi Sahari dan Pengurus Bahagian Perhubunga­n Awam TM Sarawak Hasni Kassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia