Utusan Borneo (Sarawak)

DAP sambut baik tawaran bantu pelajar bayar balik pinjaman PTPTN

-

KUCHING: Pemuda DAP Sarawak menyambut baik tawaran Kerajaan Sarawak untuk membantu pelajar Sarawak membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiausaha Pemuda DAP Sarawak Dr Kelvin Yii berkata, bantuan ini dapat membantu meringanka­n beban kewangan pelajar selepas menamatkan pengajian.

“Saya menyambut baik inisiatif ini dan apa-apa inisiatif yang baik bagi Sarawak, tetapi pada pandangan saya apa yang lebih penting adalah untuk Kerajaan Sarawak menyediaka­n ekosistem dalam negeri untuk menjana pekerjaan yang baik dan berkualiti.

“Dengan ini ia dapat memperkasa­kan graduan muda dengan upah yang stabil dan wajar serta dapat memikul sendiri tanggungja­wab pinjaman mereka serta tanggungja­wab lain,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dr Yii yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching menambah, keutamaan seharusnya adalah pekerjaan supaya kita tidak hanya memberi bantuan sementara kepada graduan kita.

Pada masa ini, pekerjaan yang disediakan dalam negeri adalah tidak mencukupi bagi menyokong permintaan dengan ribuan mencari pekerjaan di Semenanjun­g Malaysia malah luar negara.

“Banyak peluang pekerjaan dalam negeri kini adalah sektor upah rendah seperti pembalakan dan kelapa sawit yang tidak menarik minat graduan muda.

“Dengan mewujudkan pekerjaan berkualiti, kita dapat mengekalka­n bakat terbaik kita di Sarawak.

“Sebab itu saya menyokong penuh gesaan untuk kerajaan negeri menubuhkan Kementeria­n Tenaga Kerja di peringkat negeri serta platform perunding sumber manusia peringkat negeri,” katanya.

Jelas Dr Yii lagi, kerajaan persekutua­n mengiktira­f kepentinga­n pengwujuda­n peluang pekerjaan terutama bagi graduan muda dan wanita.

Dalam Belanjawan 2020 katanya, RM6.5 juta diperuntuk­kan bagi inisiatif seperti #MalaysiaKe­rja bagi membantu menyediaka­n pekerjaaan berkualiti kepada belia bagi menangani isu penganggur­an.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri perlu telus dengan perancanga­n dan mekanisme pelaksanaa­n inisiatf ini termasuk berapa banyak kos kepada kerajaan negeri selain kriteria pemilihan yang layak.

MIRI: Kerajaan berharap pemilik tanah dan syarikat utiliti berkaitan memberi kerjasama bagi membolehka­n projek tebatan banjir dan saliran mesra alam di Taman Ecopark dilaksanak­an dengan lancar.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berkata, projek yang menelan kos RM11.5 juta itu menggunaka­n sepenuhnya peruntukan kerajaan Negeri, kini berjalan lancar sejak Mac lalu walaupun berlaku kelewatan.

“Setakat Oktober, 15 peratus projek sudah dilaksanak­an, jauh ketinggala­n mengikut jadual. Kelewatan ini berpunca daripada pemilik tanah dan syarikat utiliti.

“Justeru saya berharap selepas ini semua pihak bekerjasam­a memandangk­an projek ini amat penting dalam menangani masalah banjir yang sering melanda penduduk di kawasan Eco Park,” katanya semasa meninjau projek tersebut di Eco Park, Jalan Airport semalam.

Lee menambah, tebatan banjir perlu dipercepat dan dilaksanak­an segera dalam usaha mengatasi banjir yang sering menjejaska­n penduduk kawasan itu terutama pada musim hujan yang melanda sekarang.

Menurut Lee, projek di Eco Park melibatkan pembinaan parit banjir dengan lebar antara 4.5 meter dan enam meter sepanjang dua kilometer.

“Pembinaan projek di Eco Park dijangka tidak mudah kerana melibatkan perkhidmat­an utiliti awam serta pengambila­n tanah sepanjang kawasan tersebut.

“Salah satu punca kelewatan ialah berikutan proses pembayaran pampasan kepada pemilik tanah di beberapa lot yang terjejas dengan pembinaan tebatan itu,” kata Lee.

Dalam pada itu Lee menggesa syarikat utiliti seperti SESCO, Sarawak Gas, LAKU dan Telekom agar memindahka­n utiliti mereka secepat mungkin bagi memberi laluan pembinaan tebatan banjir.

Projek itu dijangka siap dalam tempoh 15 bulan iaitu Jun 2020.

Projek fasa pertama itu akan dipantau sepenuhnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak.

Hadir sama jurutera Desmond Yong yang turut memberi taklimat mengenai projek kepada Lee.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? REBUT PELUANG: Jafer (kiri) bersama Hasni (kanan) dan Suhardi memperagak­an gegantung promosi ‘Pay Nothing’ kepada pihak media selepas sidang media.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi REBUT PELUANG: Jafer (kiri) bersama Hasni (kanan) dan Suhardi memperagak­an gegantung promosi ‘Pay Nothing’ kepada pihak media selepas sidang media.
 ??  ?? DR KELVIN YII
DR KELVIN YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia