Utusan Borneo (Sarawak)

Tiba masanya Belawai miliki stesen minyak mini

Ia sangat penting kerana stesen minyak sedia ada agak jauh dari Kampung Belawai

- Oleh Borhaniza Ali Basah

TANJUNG MANIS: Terdapat keperluan untuk mewujudkan stesen petrol mini di kawasan Kampung Belawai bagi memudahkan penduduk setempat mengisi minyak kenderaan mereka, kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Bumiputera Malaysia (PKBM) Sarawak Dato Sri Abang Aditajaya Abang Alwi.

Jelasnya, kemudahan ini sangat penting kepada penduduk kampung di kawasan tersebut memandangk­an stesen minyak yang ada beroperasi agak jauh dari kawasan Kampung Belawai.

Tambahnya lagi, ada penduduk yang terpaksa mendapatka­n bekalan petrol di bandar Sibu kerana pengusaha stesen berkenaan mengenakan had pembelian petrol.

“Kita ada stesen di Tanjung Manis tetapi agak jauh dan di situ saya dimaklumka­n bahawa ada had pembelian

Kita ada stesen di Tanjung Manis tetapi agak jauh dan di situ saya dimaklumka­n bahawa ada had pembelian untuk petrol, di mana mereka tidak dibenarkan untuk membeli dalam kuantiti yang banyak.

Dato Sri Abang Aditajaya Abang Alwi

untuk petrol, di mana mereka tidak dibenarkan untuk membeli dalam kuantiti yang banyak.

“Sebagaicon­toh,bayangkan jika kenderaan mereka mampu memmuatkan 30 liter minyak petrol tetapi hanya dibenarkan 10 liter sahaja kepada satu kenderaan.

“Jadi keadaan ini tidak adil buat penduduk di sini kerana membebanka­n mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi cabutan undi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat Cabang Tanjung

Manis yang diadakan di pejabat PKR Tanjung Manis, kelmarin.

Aditajaya merupakan salah seorang calon untuk jawatan ketua cabang dan beliau akan

Pengerusi PKBM Sarawak

dicabar Dr Raduan Serap.

Sementara itu, beliau memberitah­u bahawa beberapa lokasi mungkin sesuai dibina stesen petrol mini.

“Antaranya di Kampung Belawai yang mempunyai lebih 4,000 penduduk, di Kampung Jerijeh dan Kampung Rajang yang mempunyai masing-masing lebih 1,000 penduduk.

“Bagi kawasan rumah panjang pula, saya sendiri akan pergi dari satu tempat ke satu tempat bagi melihat kadar populasi dan keperluan penduduk terlebih dahulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u turut merancang membina sebuah pejabat PKR di Kampung Belawai yang lengkap dengan sebuah dewan yang mampu memuatkan 2,000 penduduk.

Pemilihan Cabang Tanjung Manis akan berlangsun­g pada 3 November depan dan merupakan cabang ke-222 ditubuhkan di Malaysia menjadikan­nya cabang parlimen terakhir diwujudkan.

 ??  ?? KEMUKA CABARAN: Aditajaya (duduk, kanan) diiringi ahli PKR yang lain ketika menghantar borang pencalonan jawatan ketua cabang PKR Tanjung Manis, petang kelmarin.
KEMUKA CABARAN: Aditajaya (duduk, kanan) diiringi ahli PKR yang lain ketika menghantar borang pencalonan jawatan ketua cabang PKR Tanjung Manis, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia