Utusan Borneo (Sarawak)

KMKK Melayu Bahagian Kuching bantah penubuhan MPKK

-

KUCHING: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Melayu Bahagian Kuching membantah sekerasnya cadangan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bantahan tersebut disuarakan pada sidang media di sini semalam diketuai Temenggung Datuk Helmi Mohd Gol bersama 110 ketua masyarakat Melayu dari bahagian Kuching.

Bagaimanap­un menurut Helmi, bantahan ini bukan bermaksud mereka menentang kerajaan persekutua­n.

“Saya amat khuatir penubuhan MPKK ini akan mencetuska­n perselisih­an faham antara rakyat di peringkat akar umbi.

“Kita lihat penubuhan MPKK oleh kerajaan persekutua­n mungkin berniat untuk memecah belah kita di peringkat akar umbi.

“Saya secara peribadi melihat penubuhan MPKK ini tidak logik sebab kita sudah ada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK),” katanya pada sidang media semalam.

Terdahulu Pemanca Melayu Kawasan Kuching Utara, Roshidi Junai yang juga pengerusi Persatuan KMKK turut bangkit menyuaraka­n pandangan beliau mengenai penubuhan MPKK.

Beliau yang membantah keras penubuhan MPKK berpendapa­t bahawa penubuhan MPKK oleh kerajaan PH bertujuan menjajah semula negeri Sarawak melalui cara halus.

Justeru katanya, satu resolusi akan dibuat meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menggubal undang-undang khusus untuk menyekat kemasukan MPKK ke Sarawak.

“Kita sudah ada JKKK dan kita tidak akan menerima MPKK kerana ia tidak sesuai untuk kita di Sarawak dan hanya akan memecahbel­ahkah rakyat kita,” tegasnya.

Dalam pada itu, hari ini Helmi bersama beberapa orang wakil ketua masyarakat yang lain akan berjumpa dengan wakil Jabatan Ketua

Menteri berhubung perkara ini.

Jika perlu katanya, satu seminar melibatkan semua ketua masyarakat akan diadakan bagi mengusulka­n bantahan ke atas penubuhan MPKK di Sarawak.

 ??  ?? BANTAH: Ketua masyarakat Melayu bahagian Kuching diketuai Helmi (dua kiri) berikrar membantah penubuhan MPKK di Sarawak.
BANTAH: Ketua masyarakat Melayu bahagian Kuching diketuai Helmi (dua kiri) berikrar membantah penubuhan MPKK di Sarawak.
 ??  ?? FOKUS KEMENANGAN: Pemimpin PKR negeri dan pusat bersama ahli-ahli PKR Baram menunjukka­n tanda bagus pada Jamuan Malam Amal Mengumpul Dana Wanita PKR Baram malam kelmarin.
FOKUS KEMENANGAN: Pemimpin PKR negeri dan pusat bersama ahli-ahli PKR Baram menunjukka­n tanda bagus pada Jamuan Malam Amal Mengumpul Dana Wanita PKR Baram malam kelmarin.
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Ketua masyarakat Melayu bahagian Kuching diketuai Helmi (tengah) mengadakan sidang media membantah MPKK di Sarawak.
SIDANG MEDIA: Ketua masyarakat Melayu bahagian Kuching diketuai Helmi (tengah) mengadakan sidang media membantah MPKK di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia