Utusan Borneo (Sarawak)

PRN: Wanita PKR Sarawak beri keutamaan meletakkan kuota 30 peratus calon wanita

-

MIRI: Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak memberi keutamaan untuk meletakkan kuota 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) termasuk meletakkan seorang calon di Baram.

Ketua Wanitanya Nurhanim Datuk Mokhsen bagaimanap­un berkata, ia terpulang kepada keputusan pucuk kepimpinan PKR Pusat.

“Kita juga mahukan seorang calon wanita kemungkina­n diletakkan bertanding di DUN Telang Usan, DUN Marudi atau DUN Mulu pada PRN nanti,” katanya pada Jamuan Amal Mengumpul Dana Wanita PKR Baram di sini malam kelmarin.

Nurhanim berkata, ia selaras dengan hasrat Wanita PKR Sarawak meletakkan kuota 30 peratus calon wanita pada PRN akan datang.

“Wanita juga mempunyai peranan dan hak membuat keputusan malah selama ini golongan wanita banyak membantu jentera pilihan raya PKR.

“Sehubungan itu, kita juga mahu golongan wanita diberikan peluang menjadi calon pada PRN nanti termasuk meletakkan seorang calon di Baram,” jelasnya.

Katanya, Wanita PKR Sarawak juga menyasarka­n menubuhkan 31 cabang wanita di seluruh negeri ini pada pertengaha­n 2020 bagi memantapka­n peranan wanita parti itu di peringkat akar umbi.

Untuk rekod, Wanita PKR Sarawakket­ikainimemp­unyai 22 cabang termasuk akan ditubuhkan di Tanjung Manis tidak lama lagi.

“Wanita PKR Sarawak juga merancang menubuhkan dua lagi cabang wanita masingmasi­ng di Santubong dan Selangau,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jawatankua­sa Pilihan Raya PKR Sarawak Baharuddin Datuk Mokhsen berkata, permintaan itu akan dipertimba­ngkan termasuk menilai faktor calon boleh menang.

“Kita mempertimb­ang permintaan untuk menampilka­n 30 peratus calon wanita dan peluang kemenangan seseorang calon itu dan kita bersedia lebih awal mempersiap jentera pilihan raya,” katanya.

Baharuddin berkata, tanpa jentera atau pasukan mantap maka sasaran PKR untuk menang pada PRN nanti gagal mencapai matlamatny­a.

“Tugasan saya adalah mempersiap jentera pilihan raya kerana kita tidak boleh menang tanpa jentera yang mantap serta memastikan jentera itu berjalan lancar pada kempen pilihan raya nanti,” katanya.

Baharuddin juga mengingatk­an kepada semua ahli PKR Sarawak agar fokus untuk menang serta mengubah landskap pentadbira­n kerajaan negeri sekarang.

Hadir sama Timbalan Speaker DUN Selangor Dr Daroyah Alwi, Pengerusi Dasar Rumah Panjang Negara yang juga Ahli Parlimen Saratok Ali Biju, Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nor Hizwan Ahmad serta pemimpin-pemimpin PKR lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia