Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan penubuhan MPKK diterima meluas rakyat di luar bandar: Chong

-

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen mendakwa cadangan penubuhanM­ajlisPengu­rusan Komuniti Kampung (MPKK) mendapat penerimaan meluas daripada rakyat negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.

Menurutnya maklum balas daripada rakyat negeri ini khususnya di luar bandar sejak beberapa minggu lalu sangat menggalakk­an, justeru tidak timbul isu MPKK tidak akan ditubuhkan di negeri ini.

“MPKK telah mendapat penerimaan meluas daripada penduduk luar bandar Sarawak. Maklum balas daripada rakyat sejak beberapa minggu lalu selepas penubuhann­ya diumumkan sangat menggalakk­an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan ketuaketua masyarakat di negeri ini yang membantah penubuhan MPKK.

Beliau berkata pengenalan sistem MPKK merupakan inisiatif dan program kerajaan persekutua­n untuk memanjang dan serta menyampaik­an programpro­gram serta inisiatif-inisiatif kerajaan persekutua­n kepada rakyat khususnya kumpulan sasaran iaitu mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,860 sebulan.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu mendakwa, MPKK ditubuhkan di Sarawak juga disebabkan ketidaksan­ggupan Kerajaan Sarawak bekerja sama dengan kerajaan persekutua­n melaksanak­an inisiatif-inisiatif serta program-program untuk rakyat.

Sebelum ini pada satu sidang media di sini, Chong berkata kira-kira 5,900 MPKK akan ditubuhkan di negeri ini selewat-lewatnya Januari 2020.

Beliau bagaimanap­un percaya jumlah itu akan meningkat memandangk­an masih ada kampung serta rumah panjang yang belum mendaftar dengan PH Sarawak.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) pemilihan dan pelantikan pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankua­sa MPKK di Sarawak telah ditetapkan pada mesyuarat PH pada 29 September lepas.

Menjelas lanjut Chong berkata PH Sarawak akan mengesyork­an nama-nama bagi membarisi setiap MPKK di negeri ini untuk dikemukaka­n dan seterusnya dilantik oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB).

“Saya mahu menjelaska­n bahawa pelantikan MPKK di Sarawak adalah atas nasihat PH Sarawak. Mereka terdiri daripada seorang pengerusi, seorang setiausaha dan 11 ahli jawatankua­sa,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak perlu berasa terlalu gusar dengan penubuhan MPKK di negeri ini kerana penubuhann­ya adalah untuk manfaat penduduk luar bandar.

MIRI: Tiada istilah kerajaan Malaya kerana kerajaan pusat di bawah pentadbira­n Pakatan Harapan (PH) tetap menjaga kepentinga­n semua termasuk rakyat Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nor Hizwan Ahmad berkata sentimen membezakan kerajaan di bawah satu payung negara Malaysia tidak sepatutnya berlaku.

“Kita bukan datang ke Sarawak dilabelkan sebagai kerajaan Malaya sebaliknya sebagai rakyat Malaysia dan sentimen seperti itu dimanipula­si pihak tertentu,” katanya pada Jamuan Amal Mengumpul Dana Wanita PKR Baram di sini malam kelmarin.

Hizwan mewakili Menterinya Zuraida Kamaruddin memberitah­u bahawa Sarawak juga mendapat peruntukan dalam pembentang­an Belanjawan 2020.

“Kerajaan PH tidak pernah menafikan hak rakyat Sarawak malah negeri ini menerima perbelanja­an pembanguna­n tertinggi dengan RM4.4 bilion dalam Belanjawan 2020,” katanya.

Sehubungan itu, Hizwan menyelar sekeras-kerasnya pihak yang menyatakan bahawa Belanjawan 2020 lebih memihak kepada rakyat Semenanjun­g Malaysia berbanding rakyat Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembang­an lain, pengundi di kawasan Baram perlu memberi sokongan padu kepada Roland Engan sekiranya tercalon bagi DUN Telang Usan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.

Roland kalah tipis kepada penyandang kerusi itu, Dennis Ngau dengan hanya 167 undi membuktika­n penduduk luar bandar mahukan perubahan.

“Saya mahu semua penduduk di kawasan Baram memberi sokongan padu kepada Roland sebagai wakil rakyat kerana beliau seorang yang kuat bekerja,” katanya.

Jelasnya, PH perlu menang semua kerusi di Baram membabitka­n DUN Telang Usan, Marudi dan Mulu bagi menukar landskap pentadbira­n kerajaan negeri.

“Kita melihat dengan jelas penduduk Baram inginkan perubahan dan keinginan mempunyai kerajaan baharu dan kita berharap sokongan itu diterjemah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” katanya.

Sehubungan itu, Hizwan mahu semua pengundi di Baram memberi sokongan kukuh kepada calon PH dalam usaha menumbangk­an kerajaan negeri sekarang.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah lama memerintah boleh dikalahkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan tidak mustahil perkara sama boleh berlaku pada PRN Ke-12 nanti,” jelasnya.

 ??  ?? CHONG CHIENG JEN
CHONG CHIENG JEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia