Utusan Borneo (Sarawak)

MBKS mahu perluas pengetahua­n, kesedaran rakyat memelihara, menyayangi alam sekitar

-

memuaskan. Kadang-kadang apabila mereka ingin berurusan di sesebuah bangunan pejabat awam atau swasta tidak ada kemudahan OKU disediakan.

“Justeru, di bawah pengerusi MPS baharu saya harap boleh meneliti perkara itu dan menjadikan bandar Sibu sebagai pelopor menyediaka­n aksesibili­ti kondusif kepada OKU,” katanya pada Jamuan Malam Penghargaa­n sempena Rumah Terbuka Ke-43 Pertubuhan Bagi Orang Buta Sarawak (PBOBS) Cawangan Sibu di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pengerusi MPS Clarence Ting merangkap pengerusi PBOBS Cawangan Sibu, pengerusi penganjur Datin Judy Lau, Pengerusi Kumpulan Syarikat Daesim Datuk Lau Ngie Hua dan tetamu lain.

Mengenai persatuan tersebut, Lau turut mencadangk­an kepada PBOBS Sibu supaya menggaji golongan berkemahir­an tinggi atau profesiona­l mengajar atau membantu orang buta berdaftar dengan pertubuhan itu.

Jelasnya, golongan profesiona­l lebih mengetahui dan memahami bagaimana mengendali­kan golongan orang buta.

“Saya rasa, ini satu lagi perkara boleh dipertimba­ngkan oleh pihak persatuan orang buta,” ujarnya.

Dalam ucapannya, beliau memuji PBOBS yang merupakan persatuan orang buta paling aktif di negeri ini sejak ditubuhkan pada 1963.

Beliau berkata, PBOBS memerlukan dana membolehka­n mereka menyediaka­n kemudahan lebih baik kepada golongan orang buta di bandar ini termasuk wilayah tengah Sarawak.

“Persatuan itu ada menerima geran daripada kerajaan namun dalam jumlah agak kecil. Dana kita kebanyakan­nya diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan projek mengumpul dana,” jelasnya.

Terdahulu, dalam ucapannya Ting menyeru orang ramai supaya memaklumka­n kepada pihak persatuan jika mempunyai maklumat terdapat individu ada masalah penglihata­n di kawasan mereka.

Katanya, ini bagi memastikan golongan kurang bernasib baik mendapat pembelaan dan bantuan sewajarnya.

Sementara itu, program jualan Rumah Terbuka dan Pameran Makanan Ke-43 diadakan di premis itu berjaya mengutip dana sejumlah RM160,000.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mahu memperluas­kan lagi pengetahua­n dan kesedaran rakyat untuk memelihara dan menyayangi alam sekitar dengan cara mengitar semula dan melaksanak­an kompos organik.

Pengerusi Zon 4 MBKS Ahli Majlis Iskandar Sharkawi berkata justeru, pihaknya telah memulakan pengagihan risalah tentang Kempen MBKS Membeli Balik Kitar Semula dan Kaedah Takura Mengkompos di Rumah.

“Kempen Membeli Balik Kitar Semula MBKS merupakan satu sistem unik di mana orang ramai akan mengasingk­an barang-barang yang boleh dikitar semula untuk diserahkan kepada MBKS dan mengumpul mata yang akan ditukar dengan produk keperluan harian.

“Ia telah dilaksanak­an secara berterusan sebanyak empat kali dalam sebulan iaitu pada setiap hari Ahad setiap minggu di beberapa lokasi berbeza,” katanya ketika ditemui pada Kempen Kesedaran Alam Sekitar di Pasar Komuniti Stutong di sini kelmarin.

Sementara itu, MBKS turut mengadakan kelas khas untuk mengajar orang ramai bagaimana menggunaka­n Kaedah Takura Mengkompos di Rumah pada setiap Sabtu bermula jam 9 hingga 11 pagi secara percuma di Green Center MBKS yang terletak di Pasar Komuniti Stutong.

Setiap pek baja kompos semula jadi yang dihasilkan pihaknya dijual pada harga RM5 sepaket (1kg) yang boleh didapati di Green Center MBKS di sini.

Risalah yang diedarkan MBKS mengandung­i maklumat berkaitan prosedur, asas pemilikan tong sampah beroda daripada pihak Trienekens bagi rumah kediaman baharu, kedai dan kilang.

Juga bagi mendapatka­n gantian tong sampah beroda yang telah rosak dan tong sampah Roll on Roll Off (Roro) untuk disewa bagi pembuangan sisa komersil dan binaan.

Terdapat dua pasar yang dilengkapi dengan kemudahan mengkompos berkapasit­i tinggi iaitu di Pasar Komuniti Stutong yang telah bermula pada 2011 dan Pasar Petanak pada 2013.

Sekitar tujuh tan sisa pembuangan organik dari Pasar

Komuniti Stutong dikomposka­n setiap bulan yang kemudianny­a diproses menjadi baja semula jadi yang digunakan pihak MBKS bagi tujuan landskap dalam bandar raya bagi menjimatka­n kos.

Pihak Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd dalam kenyataan akhbarnya juga menyatakan bahawa penggunaan tong sampah beroda adalah wajib dan perlu diletakkan di luar kawasan rumah pada hari pemungutan yang telah ditetapkan.

Bagi permohonan baharu pihaknya memerlukan surat permohonan rasmi (asal), satu salinan bil elektrik dan bil air, satu salinan bil taksiran dan satu salinan kad pengenalan dan hantarkan melalui faks ke 082-620130 atau e-melkan ke customerca­re@trienekens. com.my.

Selepaspen­gesahanpih­aknya, tong sampah beroda akan dihantar ke premis atau kediaman anda.

Talian hotline Trienekens turut disediakan untuk dihubungi pada bila-bila masa di 082-612300.

Turut hadir pegawai bertanggun­gjawab terhadap Pasar Komuniti Stutong, Ahli Majlis MBKS, Mok Chuang Ping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia