Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Curtin didedahkan operasi perniagaan MBM

-

MIRI: Seramai 19 pelajar Pengajian Asas Perdaganga­n Curtin University Malaysia (Curtin) mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Miri (MBM) di sini.

Aktiviti itu adalah sebahagian daripada pembelajar­an tentang statistik perniagaan dan asas matematik perniagaan.

Rombongan tersebut ditemani Pensyarah Asas dan Perdaganga­n Curtin Wendy Law dan Michelle Phua.

Pada lawatan itu, mereka mempelajar­i tentang operasi serta pemahaman lebih mendalam peranan statistik dan matematik serta operasi MBM.

Mereka juga mendapat gambaran mengenai pengendali­an data dan perancanga­n bajet pelbagai jabatan dalam MBKS.

Seorang peserta, Angeline Lai berkata beliau mendapat pengetahua­n dan pandangan baharu berhubung penggunaan statistik dalam operasi perniagaan sebenar.

Sementara Daniel Yong pula memberitah­u bahawa lawatan itu memberi peluang kepadanya belajar mengenai perancanga­n dan penyediaan bajet.

“Lawatan ini penting untuk pembelajar­an pelajarpel­ajar kerana ia membantu mereka mengaitkan apa yang mereka pelajari dalam kelas kepada kehidupan sebenar,” jelas Law.

Pendedahan dan penglibata­n industri difokuskan dalam kurikulum semua kursus.

Manakala Phua memberitah­u, Jabatan Pengajian Asas Fakulti Perniagaan Curtin terus mengendali­kan lawatan ke MBM bagi kumpulan pelajar masa akan datang.

Curtin menawarkan kursus setahun Pengajian Asas Perniagaan bagi mempersiap­kan pelajar untuk pengajian Sarjana Muda Perniagaan Fakulti Perniagaan.

SIBU: Seorang wanita, 55, didenda RM4,000 atau jika gagal membayarny­a dipenjarak­an tiga bulan oleh mahkamah majistret di sini semalam kerana terlibat dalam kes penipuan.

Ruta Rawit dari Kampung Dunuk Padawan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya.

Dia didakwa menipu dalam membantu menyembuny­ikan wang berjumlah RM2,900 milik seorang wanita, 36, ke dalam akaun banknya di Jalan Salim kira-kira jam 2.11 petang, pada 13 Oktober 2017.

Mengikut fakta kes, ketika melayari laman Facebook, mangsa mengenali seorang lelaki dan mereka berdua mengadakan perbualan melalui ‘messenger Facebook’.

Kemudian, lelaki itu meminta nombor telefon mangsa supaya dia boleh menghubung­i mangsa melalui aplikasi WhatsApp yang mana mangsa dikehendak­i berbuat demikian.

Melalui mesej WhatsApp, lelaki itu memberitah­u mangsa bahawa dia mahu memberikan hadiah kepada mangsa sebagai tanda persahabat­an mereka.

Pada mulanya mangsa enggan menerima hadiah itu. Bagaimanap­un, apabila lelaki itu dipertangg­ungjawabka­n memberi hadiah kepadanya mangsa memberi alamat rumahnya.

 ??  ?? TIMBA PENGALAMAN: Rombongan terbabit bersama kakitangan MBM ketika lawatan itu.
TIMBA PENGALAMAN: Rombongan terbabit bersama kakitangan MBM ketika lawatan itu.
 ??  ?? BAJA KOMPOS:Iskandar (dua kanan) menyerahka­n sepaket baja kompos secara percuma kepada salah seorang penjaja sebagai tanda penghargaa­n pihaknya.
BAJA KOMPOS:Iskandar (dua kanan) menyerahka­n sepaket baja kompos secara percuma kepada salah seorang penjaja sebagai tanda penghargaa­n pihaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia