Utusan Borneo (Sarawak)

500 karton air diedarkan kepada penduduk di dua kampung

-

MIRI:Sebanyak50­0kartonair minuman diedarkan kepada pendudukdi­KampungTuk­au Usaha Jaya dan Kampung Tukau Jaya, Bakam dekat sini menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Aktiviti mengedar air minuman itu bermula sejak 16 Oktober lalu dengan setiap rumah mendapat bantuan 10 karton air minuman.

Bantuan air minuman itu diagihkan di kedua-dua kampung terbabit yang tidak mempunyai bekalan air paip sejak puluhan tahun hingga sekarang.

Manakala penduduk kampung hanya bergantung kepada sumber air hujan dan kadangkala bantuan air kegunaan harian daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri.

Menurut penduduk kampung, bantuan seumpama itu adalah pertama dan mereka tidak pernah menerima bantuan air minuman walaupun tiada bekalan air paip.

Bantuan air tersebut dihantar JKM Bahagian Miri dan turut disertai Exco Wanita PKR Kebangsaan Zulhaidah Suboh yang juga

Ketua Wanita PKR Sibuti.

“Kawasan kedua-dua perkampung­an ini berada berhampira­n dengan bandar raya Miri tetapi tercicir daripada menikmati kemudahan asas dan ini sepatutnya tidak berlaku.

“Permasalah­an kemudahan asas dihadapi kedua-dua kampung ini sudah lama disuarakan kepada wakil rakyat di kawasan itu namun sehingga kini belum ada jalan penyelesai­an,” katanya sambil berharap masalah itu mendapat perhatian segera pihak berkaitan.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan Sibuti dan Lambir, mereka harus berusaha membantu dan memohon projek bekalan air supaya dapat disalurkan dan dinikmati penduduk di kedua-dua kampung terbabit,” jelasnya.

Sehubungan itu, Zulhaidah turut berterima kasih kepada KPWKM dan JKM Bahagian Miri atas keprihatin­an dan kerjasama baik menyalurka­n bantuan itu.

 ??  ?? HANTAR: Zulhaidah (empat kiri) bersama rombongan dan penduduk kampung memunggah karton-karton air minuman untuk diedar ke setiap rumah.
HANTAR: Zulhaidah (empat kiri) bersama rombongan dan penduduk kampung memunggah karton-karton air minuman untuk diedar ke setiap rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia