Utusan Borneo (Sarawak)

Qari dan qariah muda Sibu hadiri kursus di Kelantan

-

SIBU: Seramai enam qari dan qariah muda dari daerah Sibu telah menghadiri kursus pemantapan kemahiran bertarannu­m dan teknik bacaan tilawah al-Quran dengan mendapat bimbingan tiga bekas johan qari dan qariah tilawah al-Quran antarabang­sa di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Rombongan qari dan qariah berkenaan diketuai guru alQuran dan bekas Pengerusi Persatuan Qurra’ Bahagian Sibu Ustaz Nasir Musel.

Menurut Ustaz Nasir, empat qari dan dua qariah tersebut sangat bertuah kerana mendapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada johan qariah antarabang­sa sebanyak tujuh kali Datuk Faridah Mat Saman, Ustaz Abdul Rahim Ahmad (dua kali johan qari antarabang­sa) dan Ustaz Che Yahaya Daud (sekali johan qari antarabang­sa).

“Sepanjang kursus itu, para peserta sangat teruja kerana julung kali diberi peluang memantapka­n kemahiran bertarannu­m di samping memperbaik­i teknik bacaan al-Quran dengan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada johan qari dan qariah antarabang­sa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, antara matlamat kursus tersebut adalah untuk memantapka­n lagi kemahiran bertarannu­m dan mutu bacaan alQuran sebagai persiapan menghadapi majlis tilawah peringkat bahagian Sibu yang berlangsun­g esok dan lusa.

Katanya, sesi latihan intensif diteruskan sehingga menjelang majlis tilawah peringkat bahagian itu nanti bagi memastikan mereka benar-benar bersedia dan memberi persembaha­n berkualiti tinggi.

“Saya berharap qari dan qariah ini mampu merebut tempat mewakili bahagian Sibu bertanding di peringkat negeri walaupun kita sedia maklumpers­aingannyas­engit, dan seterusnya mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan,” jelasnya.

Sementara itu jelas Ustaz Nasir, para qari dan qariah akan terus diberi bimbingan dan tunjuk ajar bukan setakat untuk menghadapi majlis tilawah malah sebagai usaha menambah bilangan pelapis guru-guru al-Quran di daerah Sibu.

Katanya bilangan guru-guru tersebut perlu ditambah bagi membantu mengatasi masalah tidak mampu membaca al-Quran di kalangan masyarakat Islam di daerah ini.

 ??  ?? MANTAPKAN DIRI: Peserta qari dan qariah ketika mengikuti kursus tilawah al-Quran di Kelantan, baru-baru ini.
MANTAPKAN DIRI: Peserta qari dan qariah ketika mengikuti kursus tilawah al-Quran di Kelantan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia