Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kehilangan RM5 bilion setahun akibat nelayan asing

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang meningkatk­an aset penguatkua­saan laut negara dalam usaha untuk mengawal penceroboh­an bot nelayan asing yang menyebabka­n Malaysia kehilangan hasil RM5 bilion setahun, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Beliauberk­atakemente­riannya akan mengemukak­an perkara itu kepada Kabinet termasuk cadangan untuk memiliki kapal induk bagi memudahkan lagi operasi penguatkua­saan di laut.

“Sebelum ini, kerajaan sendiri telah mengambil tindakan tegas dengan melakukan Operasi Naga dan kita akan teruskan lagi dengan komitmen tiga kementeria­niaituKeme­nterian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementeria­n Dalam Negeri dan Kementeria­n Pertahanan.

“Kita mesti bertanggun­gjawab supaya aset dan penguat kuasa ini ditingkatk­an selain nelayan tempatan turut menjadi mata dan telinga kerajaan supaya dapat membantera­s nelayan asing daripada memasuki perairan negara ini,” katanya padasesija­wablisanpe­rsidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliauberk­atademikia­nbagi menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) yang bertanyaka­n tentang jumlah kerugian negara akibat penceroboh­an nelayan asing dan langkah meningkatk­an keberkesan­an Ops Naga.

Terdahulu, Ahmad Amzad turut bertanya sama ada kemunculan paus Orca (paus pembunuh) di perairan Kerteh, Terengganu berhampira­n dengan Pelantar

Dulang Petronas baru-baru ini mengganggu sumber perikanan negara.

Menjelaska­n perkara itu, Salahuddin berkata kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidik­anPerikana­n(FRI) Rantau Abang, Terengganu mendapati paus, yang muncul di perairan itu pada 16 Julai lepas, tidak mengancam sumber perikanan negara dan nelayan tempatan kerana migrasi populasi spesies itu tidak kerap.

“Spesies itu merupakan daripada jenis sub spesies Paus Pilot Sirip Pendek dan ia sentiasa bergerak dalam kumpulan populasi antara 10 hingga 50 ekor. Ia dipercayai menjadikan Laut China Selatan sebagai laluan migrasi ekoran musim sotong pada waktu itu,” katanya.

Paus Orca, katanya disenaraik­an dalam spesies mamalia akuatik terancam dan dilindungi di bawah penguatkua­saan Seksyen 27 Akta Perikanan Negara 1985 dan seekor daripada spesies berkenaan didapati pernah mati terdampar di Sarawak pada 2013. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia