Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlukan 8,000 lagi pakar perubatan keluarga

-

GEORGE TOWN: Malaysia masih memerlukan sekurangku­rangnya 8,000 lagi Pakar Perubatan Keluarga (FMS) bagi memenuhi keperluan rakyat dengan nisbah sasaran satu FMS untuk 4,000 penduduk.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata buat masa ini terdapat lebih 700 FMS berkhidmat di kemudahan perubatan awam dan swasta seluruh negara yang masih jauh daripada keperluan sebenar.

“Ini akan mengambil masa untuk kami. jadi kerana kami mempunyai dua program selari, satu dengan RCSI (Royal College of Surgeons di Ireland) dan satu lagi dengan sebuah universiti Australia tetapi yang lebih penting ialah melengkapk­an program tempatan kami, program sarjana kerana kami perlukan bilanganny­a.

“Jadi kami sedang melengkapk­an sistem sedia ada, maka kami boleh meningkatk­an bilangan pakar perubatan keluarga di dalam negara,” katanya dalam satu sidang mediaselep­asmelancar­kanProgram Latihan Malaysia-Ireland untuk Perubatan Keluarga (MInTFM), di sini semalam.

Turut hadir Duta Ireland ke Malaysia, Hillary Reilly dan Presiden RCSI & University College Dublin (UCD) Kampus Malaysia (RUMC), Prof David Whitford.

Dr Noor Hisham berkata perubatan keluarga dan rawatan asas adalah tumpuan utama kementeria­n dan MInTFM adalah sejajar dengan usaha kementeria­n untuk meningkatk­an bilangan FMS di dalam negara ini kerana ia akan menyumbang kepada peningkata­n kesihatan rakyat Malaysia.

Ketika ditanya mengenai biasiswa, beliau berkata kerana ini adalah program baharu, kementeria­n akan cuba mendapatka­n biasiswa untuk pelatih perubatan keluarga.

Kohort pertama terdiri daripada 35 doktor yang dipilih untuk menjalani program latihan selama empat tahun, dua tahun di hospital dan dua tahun dalam perubatan keluarga.

Sementara itu, mengulas mengenai kematian seorang lelaki berumur 30 tahun akibat virus Zika di Manjung Perak Jumaat lepas, Dr Noor Hisham berkata siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematianny­a.

Menurutnya,besarkemun­gkinan punca kematian lelaki itu bukan disebabkan oleh virus Zika kerana dipercayai terdapat jangkitan lain seperti leptospiro­sis dan denggi.

“Mungkin kematian bukan disebabkan oleh penyakit itu (Zika), tapi kita masih dalam siasatan untuk kita melihat dengan lebih teliti lagi... besar kemungkina­n sebab dia ada jangkitan lain selain Zika, dia ada leptospiro­sis dan denggi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia