Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Kanada mula mengundi

-

WASHINGTON: Rakyat Kanada semalam mula mengundi dalam pilihan raya negara itu bagi menentukan sama ada mandat akan terus diberikan kepada pentadbira­n di bawah kepemimpin­an Perdana Menteri Justin Trudeau, lapor agensi berita Anadolu.

Pengundi akan memutuskan sama ada memilih semula Liberal iaitu parti yang memerintah atau pihak lain untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Pencabar utama Liberal ialah dari parti konservati­f diketuai Andrew Scheer. Ini adalah kempen pertama Scheer sebagai pemimpin parti.

Pilihan raya kali ini menyaksika­n seramai 4.7 juta pemilih mengundi pada pilihan raya yang akan berlangsun­g selama empat hari, kata badan yang bertanggun­gjawab melaksanak­an pilihan raya di Kanada. Jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding pilihan raya 2015.

“Ia menyaksika­n peningkata­n sebanyak 29 peratus berbanding 3,657,415 pemilih pada pilihan raya umum 2015,” kata badan pilihan raya itu dalam kenyataan akhbar.

Liberal dan Konservati­f menguasai pilihan raya Kanada sejak negara ini mempunyai pemerintah­an sendiri pada 1867, Liberal telah memerintah hampir 69 tahun pada abad ke-20, yang paling lama di kalangan negara maju.

Empat parti lain yang turut bersaing termasuk: Parti Demokratik Baharu (NDP) yang dibentuk hasil gabungan dua parti pro-kesatuan pada 1961; Parti Hijau yang muncul pada 1983; Bloc Quebecois pada 1991; dan Parti Rakyat yang membuat penampilan sulungnya pada pilihan raya kali ini.

Liberal memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 184 kerusi Parlimen pada 2015 sekaligus berjaya membentuk kerajaan. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? MOHON MANDAT:Trudeau bergambar bersama bayi ketika dikerumuni para penyokong semasa mengadakan rali di Woodward’s Atrium, Vancouver B.C. kelmarin.
— Gambar AFP MOHON MANDAT:Trudeau bergambar bersama bayi ketika dikerumuni para penyokong semasa mengadakan rali di Woodward’s Atrium, Vancouver B.C. kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia