Utusan Borneo (Sarawak)

Puting beliung badai utara Dallas

-

DALLAS: Satu puting beliung telah melanda beberapa bahagian di utara Dallas lewat kelmarin, menumbangk­an tiang elektrik sekali gus menjejaska­n bekalan bagi lebih 100,000 rumah dan perniagaan serta menyebabka­n penangguha­n penerbanga­n di lapangan terbang wilayah, menurut pihak berkuasa.

Ribut tersebut meninggalk­an kesan kemusnahan sepanjang beberapa batu melalui Dallas, melanda berhampira­n lapangan terbang Love Field di bahagian utara bandar, menurut Pusat Ramalan Cuaca untuk National Weather Service’s (NWS) di College Park Maryland menyatakan awal semalam.

Semua amaran puting beliung telah ditarik balik dan tiada amaran banjir kilat, tambahnya.

Pihak perkhidmat­an kcemasan dan akhbar Dallas Morning News menyatakan tiada kecederaan atau kematian yang segera dilaporkan, namun pihak polis dan anggota bomba telah pergi dari rumah ke rumah di beberapa kawasan kejiranan bagi memeriksa pendudukny­a.

“Puting beliung itu melanda pada jam 9.02 malam waktu tempatan,” jelas David Roth, sambil menambah bahawa ia sangat kuat namun pihak berkuasa perlu untuk memeriksa tahap kerosakan pada waktu siang bagi menilai kekuatanny­a.

“Kami mlihat batu sebesar bola golf dan besbol di beberapa kawasan dan satu kawasan kecil di utara Dallas mengalami penurunan hujan antara satu hingga tiga inci,” Roth berkata.

Dalam Twitter, Lapangan Terbang DFW menyatakan landasanny­a telah ditutup sebagai langkah keselamata­n dan pelepasan penerbanga­n ditangguhk­an sekurangku­rangnya sehingga 12.30 tengah hari waktu tempatan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia