Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga Pengarah 1MDB tidak tahu tentang perjanjian AS$700j

Bekas CEO 1MDB menyatakan dia tidak terlibat dalam perbincang­an

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa Lembaga Pengarah 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) tidak pernah tahu tentang perjanjian pinjaman bernilai AS$700 juta yang ditandatan­gani oleh syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi Internatio­nal Ltd (JVC) pada tahun 2009, sebelum perjanjian usaha sama sebenar antara kedua-dua syarikat itu.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang mendedahka­n hal itu, berkata beliau tidak terlibat dalam perbincang­an perjanjian pinjaman itu.

Shahrol Azral disoal balas oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah,

pada hari ke-24 perbicaraa­n bekas perdana menteri itu berkaitan 1MDB.

Muhammad Shafee: Lembaga tidak pernah tahu mengenai perjanjian ini pada 29 September 2009, sebelum perjanjian JV? Shahrol Azral: Betul Muhammad Shafee: Jika perjanjian pinjaman ini telah dibentangk­an kepada lembaga, mereka tidak akan bersetuju dengan termaterma tersebut? Shahorl Azral menjawab “Saya setuju dengan itu”.

Ketika ditanya mengapa dia tidak memeriksa perkara tersebut dengan Najib, saksi pendakwaan kesembilan itu berkata semuanya itu diuruskan oleh Casey Tang (pengarah eksekutif 1MDB) dan dia mengandaik­an Casey dengan pengalaman­nya yang unggul, akan memastikan segala-galanya teratur.

Kepada soalan lain, saksi bersetuju bahawa dia tidak pernah melihat perjanjian pinjaman sepanjang memegang jawatannya di 1MDB dari tahun 2009 hingga 2016.

“Saya telah ditunjukka­n dokumen ini (perjanjian) semasa siasatan, saya tidak ingat sama ada saya melihatnya pada tahun 2009,” katanya.

Najib, 66, berdepan empat pertuduhan menyalahgu­nakan kedudukann­ya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah sama.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Khamis. — Bernama

Saya telah ditunjukka­n dokumen ini (perjanjian) semasa siasatan, saya tidak ingat sama ada saya melihatnya pada tahun 2009. Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia