Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan baharu buat Ganesh selepas mengenali Aiman

Latar belakang berbeza bukan halangan bantu antara satu sama lain

-

KUALA LUMPUR: Perkenalan lima bulan lepas antara Aiman Manan seorang pembekal makanan tambahan semula jadi dengan seorang penghantar barangan bebas yang amat bertanggun­gjawab dan bersopan santun, Ganesh Mootthy telah memulakan satu perhubunga­n yang unik.

Aiman seorang pengurus sebuah syarikat makanan tambahan semula jadi, menggambar­kan Ganesh yang bekerja sebagai seorang penghantar barangan sebagai seorang yang bersopan santun, bercakap dengan penuh hormat dan jujur serta seorang yang amat efisien dalam menyempurn­akan tugas menghantar barangan kepada pelanggan.

“Sayabagita­hudia(Ganesh) yang kami ada penghantar­an setiap hari dan bertanya jika dia boleh menguruska­n penghantar­an di kawasan Lembah Kelang. Kami cuba menggunaka­n perkhidmat­an beliau beberapa kali dan beliau amat tepat dengan masa penghantar­annya.

“Tidak pernah sekali lewat dan apabila kami bertanya kepada pelanggan kami, mereka bercakap perkara yang sama. Bersopan santun, bercakap dengan penuh hormat dan

Pembekal makanan tambahan semula jadi

tepat pada masa,” katanya dalam hantaran dalam akaun Facebookny­a baru-baru ini.

Hantaran tersebut menarik perhatian dan mendapat ‘tanda suka’ daripada ramai netizen yang kemudianny­a mendoakan yang terbaik untuk Aiman dan Ganesh, dua orang asing, seorang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India, yang saling menghargai satu sama lain, sesuatu yang amat jarang berlaku pada masa ini.

Ketika dihubungi Bernama mengenai hantaran Aiman di Facebookny­a itu, Ganesh yang berasal di Puchong itu berkata: “Saya memang berterima kasih sampai bilabila kepada Abang Aiman, tidak sangka orang yang tidak mengenali saya, boleh tolong saya.”

Sebagai seorang yang kehilangan ibunya dua bulan selepas beliau lahir dan berhenti bersekolah selepas tingkatan tiga, ucapan Aiman yang baik dan memberikan semangat itu tentunya amat bermakna untuk Ganesh.

Ganesh, 26, mula bekerja di restoran makanan segera pada umur 16 tahun dan pada tahun 2016 mula membuat kerjakerja penghantar­an secara bebas. Sejak pertengaha­n tahun 2018, beliau mula membuat penghantar­an Grab Food.

Katanya, beliau percaya untuk memberikan yang terbaik atas apa juga yang dilakukan dan sebab itu ketepatan masa dan komitmen akan menunjukka­n segalanya.

Ketika bekerja untuk Aiman selama dua bulan, beliau terus bekerja secara sambilan membuat penghantar­an Grab Food, dan Ganesh berkata, jumlah pelanggann­ya telah meningkat daripada tiga hingga empat pelanggan sehari kepada 10 orang sehari.

Ketika beliau membuat kerja secara sendirian, pendapatan beliau hanya kirakira RM500 sebulan, tidak termasuk penghantar­an Grab Food, dan kini selepas membuat kerja untuk Aiman, beliau boleh mendapat pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.

Malah ia tidak terhenti di situ, apabila Aiman menawarkan Ganesh bekerja di syarikatny­a di mana beliau akan menguruska­n inventori dan tempahan. Ganesh telah menerima tawaran tersebut.

“Dengan cara ini beliau akan dapat belajar benda baharu, mendapat gaji tetap daripada kami dan saya benarkan beliau untuk terus membuat Grab dan servis penghantar­annya.

“Apa yang perlu beliau lakukan ialah rancang pergerakan hariannya. Saya percaya inilah yang terbaik dan Ganesh akan mampu untuk melakukann­ya.

“Seorang anak muda yang berpotensi besar, bijak. Semoga berjaya anak muda,” kata Aiman.

Di sebalik cerita ini, ternyata masih terdapat ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersedia untuk membantu antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang. — Bernama

Tidak pernah sekali lewat dan apabila kami bertanya kepada pelanggan kami, mereka bercakap perkara yang sama. Bersopan santun, bercakap dengan penuh hormat dan tepat pada masa.

Aiman Manan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia