Utusan Borneo (Sarawak)

APM minta mangsa puting beliung daftar dengan JKM

-

JITRA: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meminta penduduk yang terjejas dalam kejadian puting beliung di Mukim Jeram, Tunjang petang kelmarin segera membuat pendaftara­n dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehka­n mereka menerima bantuan sewajarnya.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu, Kapten Kamalruzam­an Kasa berkata, setakat ini jumlah rumah yang terlibat meningkat kepada 29 buah berbanding 20 rumah yang dilaporkan kelmarin.

“Kita minta yang belum buat laporan segera berbuat demikian, walaupun kerosakan kecil. Laporan polis itu nanti akan digunakan untuk proses pendaftara­n dengan JKM kerana kita akan gunakan maklumat daripada JKM untuk selaraskan bantuan bersama pejabat daerah.

“Lain-lain agensi seperti pejabat zakat, pejabat kesihatan daerah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan penghulu juga bergerak turun ke kampung untuk mengumpul maklumat sekali gus mendaftar penduduk terjejas untuk tindakan lanjut,” katanya selepas program gotong-royong membersihk­an rumah seorang penduduk, Mohd Azmi Ajin, 32, yang terjejas akibat kejadian itu di Kampung Pida 4 Deli di sini, semalam.

Dalam pada itu, Kamalruzam­an berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Kita bersedia dengan kemungkina­n yang tiba dan sekiranya berlaku kita akan pantas ke lokasi bagi mengendali­kan kes-kes kecemasan dengan melihat kecederaan, serta mengambil maklumat mangsa untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Katanya, penduduk juga diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan peka dengan keadaan cuaca bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, puting beliung merosakkan 29 rumah di Kampung Pida 4 Deli, Kampung Kepala 10, Kampung Permatang Keriang, Sungai Korok dan Kampung Dalih.

Kejadian itu mendapat perhatian Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang bergegas ke lokasi bagi meninjau kesan kerosakan dan menyampaik­an bantuan awal bagi meringanka­n beban keluarga terlibat.

Tinjauan Bernama semalam juga mendapati, sebahagian rumah masih belum dibaiki kerana menunggu bantuan daripada agensi berkaitan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ROSAK: Sepasukan APM Kubang Pasu bertungkus-lumus membersihk­an rumah penduduk yang terjejas akibat puting beliung di Kampung Pida 4 Deli semalam.
— Gambar Bernama ROSAK: Sepasukan APM Kubang Pasu bertungkus-lumus membersihk­an rumah penduduk yang terjejas akibat puting beliung di Kampung Pida 4 Deli semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia