Utusan Borneo (Sarawak)

Inter terus ‘desak’ Juve rebut kejuaraan Serie A

Penampilan pertama Pioli selaku jurulatih AC Milan berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan Lecce

-

MILAN, Itali: Inter Milan terselamat kebangkita­n lewat Sassuolo dan campur tangan pelik ahli payung terjun untuk menang 4-3 dan mengekalka­n saingan dengan pendahulu Serie A Itali, Juventus sementara perlawanan pertama Stefano Pioli sebagai jurulatih AC Milan, berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan kelab tercorot, Lecce Ahad lepas.

Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez masing-masing menjaringk­an dua gol untuk mengekalka­n Inter di tangga kedua liga, satu mata di belakang Juventus, yang menewaskan Bologna 2-1 pada perlawanan hari Sabtu.

Inter mendahului 4-1 ketika berbaki 20 minit permainan selepas Martinez membuka jaringan seawal dua minit permainan di Sassuolo, sebelum menambah gol kedua peribadi dari satu tendangan penalti pada minit ke071.

Lukaku menjaringk­an gol pada minit ke-38 dan menyempurn­akan satu lagi tendangan penalti sebelum rehat sebelum seorang ahli payung terjun secara tidak sengaja mendarat di padang ketika Lukaku hendak melakukan tendangan.

Lelaki itu dengan pantas dibawa keluar oleh pengawal keselamata­n ketika pemain dan penyokong kehairanan sebelum Lukaku menyempurn­akan penalti untuk meletakkan Inter 3-1 di hadapan.

Dengan permainan kelihatan terkawal, jurulatih Inter, Antonio Conte memasukkan Matteo Politano dan Valentino Lazaro untuk penampilan pertama mereka musim ini.

Tetapi Filip Djuricic merapatkan kedudukan pada minit ke-74 dan Jeremie Boga pada minit ke-81 untuk pasukan yang berada di tangga ke-17 liga untuk

Sebaik sahaja kami mendahului 3-1 dan 4-1, saingan seharusnya sudah berakhir.

Romelu Lukaku

menambah gol pertama oleh Domenic Berardi dalam separuh masa pertama.

Inter bagaimanap­un berjaya bertahan untuk membawa pulang tiga mata penuh dan mengekalka­n saingan dengan Juventus selepas tewas dua perlawanan terakhir – Liga Juara-Juara kepada Barcelona dan kepada Juventus dalam Serie A.

“Sebaik sahaja kami mendahului 3-1 dan 4-1, saingan seharusnya sudah berakhir,” kata Lukaku, yang kini sudah menjaringk­an lima gol liga dari lapan perlawanan.

“Dalam separuh masa pertama, kami melakukan segala-galanya dengan baik tetapi kami seharusnya menjaringk­an gol pada 15 minit pertama selepas rehat untuk menamatkan cabaran.

“Perkara positif di sini ialah kami membawa pulang tiga mata penuh tetapi kami perlu bertahan lebih baik lagi. Ia adalah sangat penting untuk mendapatka­n kemenangan ini.”

Penampilan sulung Pioli sebagai jurulatih AC Milan bagaimanap­un dicemari oleh dua bekas pemain beliau, Khouma Babacar dan Marco Calderoni.

Babacar mengikat gol pembukaan Milan yang dijaringka­n Hakan Calhanoglu sebelum Krzystof Piatek meletakkan Milan kembali di hadapan ketika berbaki sembilan minit permainan tetapi Calderoni menafikan kemenangan buat Milan dengan gol penyamaan pada minit kecederaan.

“Malam ini saya dikecewaka­n oleh bekas pemain saya,” kata Pioli.

“Saya mengharapk­an satu hadiah untuk ulang tahun kelahiran saya malam ini tetapi saya ada melihat beberapa perkara yang bagus, pasukan selayaknya menang tetapi ia adalah kesilapan kami sendiri kerana gagal menang,” tambah bekas jurulatih Fiorentina itu.

Satu mata itu meletakkan Milan di tangga ke-12 liga dengan 10 mata dari lapan perlawanan sementara Lecce hanya satu mata di atas zon penyingkir­an.

Perlawanan pertama Claudio Ranieri sebagai jurulatih kelab tercorot, Sampdoria juga berkesudah­an dengan seri apabila mengikat AS Roma tanpa jaringan di tempat sendiri.

AS Roma kehilangan Bryan Cristante dan Nikola Kalinic kerana kecederaan pada awal permainan dan jurulatihn­ya Paulo Fonseca digantung dari berada di tepi padang.

Edin Dzeko diturunkan menggantik­an Kalinic dengan topeng perlindung­an muka selepas retak tulang pipi dua minggu lepas.

Roma bermain lima minit

Penyerang Inter Milan

terakhir dengan kurang seorang pemain selepas Justin Kluivert dibuang padang setelah menerima kad kuning kedua.

Perlawanan juga dicemari dengan sorakan bunyi monyet ke arah pemain tengah Sampdoria, Ronaldo Vieira, dengan kelab Roma kemudian memohon maaf dan berikrar untuk mengenal pasti pelaku dan akan menggantun­g mereka dari kelab.

Satu mata itu menyebabka­n Roma jatuh ke tangga keenam liga, di belakang Cagliari, yang menewaskan SPAL 2-0 sementara Sampdoria kekal di tangga terbawah liga tetapi mengutip mata pertama mereka dari empat perlawanan.

Ranieri berkata beliau ada melakukan perubahan.

“Saya berpuas hati terutama sekali selepas hanya seminggu bersama pasukan dan menentang pasukan Roma yang kuat,” kata bekas pengurus Leicester City itu.

“Sekarang saya mempunyai lebih banyak masa untuk mengenali pemain dan kami akan cuba mencari penyelesai­an untuk menjaringk­an gol.”

Pada perlawanan lain, Parma naik ke tangga kelapan liga selepas pemain gantian, Andreas Cornelius menjaringk­an hatrik ketika membelasah Genoa 5-1 sementara Udinese menewaskan Torino 1-0. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERJAH JARING: Lukaku (kiri) melepaskan rembatan di hadapan pemain pertahanan Sassuolo sebelum menjaringk­an gol pertama Inter pada perlawanan Serei A Itali di Stadium Mapei, Reggio-Emilia kelmarin.
— Gambar AFP TERJAH JARING: Lukaku (kiri) melepaskan rembatan di hadapan pemain pertahanan Sassuolo sebelum menjaringk­an gol pertama Inter pada perlawanan Serei A Itali di Stadium Mapei, Reggio-Emilia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia