Utusan Borneo (Sarawak)

Syed Saddiq minta pasukan Liga-M manfaat produk AMD

-

SERDANG: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta semua pasukan bersaing dalam Liga Malaysia (LigaM) memanfaatk­an bakat pelatih generasi pertama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di bawah Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP).

Menurutnya, berkata pelatih AMD mempunyai potensi cemerlang dan peluang beraksi dalam kancah Liga-M dapat memberi impak positif terhadap kelangsung­an pembanguna­n prestasi pelatih yang akhirnya memberi faedah kepada pasukan kebangsaan.

Jelas beliau, setiap pasukan yang berhasrat mendapatka­n khidmat pelatih tersebut perlu bertanggun­gjawab memberikan pendedahan sebaiknya di peringkat profesiona­l.

“Sekarang ini kita mahu semua kelab ambil mereka. Tolong ambil mereka dan tempatkan mereka (dalam pasukan).

“Mereka merupakan pemain yang bagus, melatih mereka dengan sebaik mungkin supaya akhirnya mereka dapat mewakili Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Memperkasa­kan NFDP di sini, semalam.

NFDP, yang dilancarka­n pada 2014 bertujuan melahirkan pemain bertaraf dunia, kini mempunyai lebih 25,000 pelatih seawal usia 12 tahun yang menjalani latihan di pusat NFDP seluruh negara, termasuk lebih 200 pelatih elit berpangkal­an di AMD di Gambang.

Media tempatan sebelum ini melaporkan seramai 34 pelatih generasi pertama AMD telah disunting beberapa kelab gergasi tanah air antaranya Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor dan Kedah selain turut terdapat tawaran dari kelab di Jepun.

Penyerang sensasi skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Luqman Hakim Shamsuddin yang merupakan antara 34 pelatih generasi pertama AMD menjadi pemain Malaysia pertama ditawarkan kontrak beraksi bersama kelab Liga Profesiona­l Belgium, KV Kortrijk.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pampasan kepada AMD sekiranya pelatih mereka diberikan tawaran beraksi bersama mana-mana pasukan, Syed Saddiq berkata perkara itu akan dibincangk­an dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu NFDP sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Ia adalah isu dasar dan perlu dibincangk­an terlebih dahulu bersama Jawatankua­sa Pemandu NFDP. Tetapi kalau boleh kita tidak mahu letak banyak rintangan kepada pasukan yang ingin mendapatka­n khidmat pelatih ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Syed Saddiq (kiri) beramah mesra bersama peserta seminar Memperkasa­kan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Syed Saddiq (kiri) beramah mesra bersama peserta seminar Memperkasa­kan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia