Utusan Borneo (Sarawak)

Make Up Team Juniors juara edisi ke-2 Cabaran Berempat Berpasukan Hujung Tahun Antara Sekolah

-

KUCHING: Seramai 98 murid-murid sekolah rendah dan 133 pelajar sekolah menengah termasuk 20 pengajar menyertai Cabaran Berempat Berpasukan Hujung Tahun Antara Sekolah Edisi Kedua yang diadakan di Megalanes Sarawak di sini pada hujung minggu lalu.

Ia mempertand­ingkan kategori berempat dan individu remaja lelaki dan wanita untuk sekolah rendah dan menengah termasuk acara beregu untuk pengajar.

Berakhir saingan, pasukan Make Up Team Juniors ditabalkan juara untuk kategori lelaki sekolah rendah manakala Make Up Team Bravo muncul juara kategori wanita sekolah rendah.

Kategori lelaki sekolah menengah, juara menjadi milik Josephians dengan Make-Up Team A mengunggul­i kategori wanita sekolah menengah.

Pada masa sama, Kimberly Elainnie Gun dari SK Matang Jaya memenangi kategori individu wanita bawah 12 tahun sambil Khairina Fatiha Abdul Latif dari SK Tabuan menjulang kategori individu wanita bawah 10 tahun.

Mohamad Iman Hareez Mohamad Nizam dari SK St Thomas dan Valentine Uyu Jakson mewakili SJK Chung Hua Sungai Tapang Hilir masing-masing merangkul gelaran lelaki bawah 12 dan 10 tahun.

Sambil itu, Aisha Nabila Zaidi dari SMK St Teresa memenangi kategori individu wanita bawah 18 tahun manakala Nur Amylda Natasha Jemat Zaidil dari Kolej DPAH Abdillah juara kategori individu wanita bawah 14 tahun.

Kategori individu lelaki bawah 18 tahun menjadi milik pelajar SMK St Joseph, Muhamad Aniq Zulhilmi dengan Goh Min Jie dari Chung Hua Middle School No. 3 memenangi kategori individu lelaki bawah 14 tahun.

Kategori beregu pengajar juga menarik perhatian apabila menyaksika­n seramai 18 peserta mengambil bahagian dan dipecahkan kepada sembilan pasukan.

Selepas beraksi dalam tiga pusingan permainan, gandingan Abang Kamarudin dan Siti

Nor Faezah dinobatkan juara selepas mengumpul 960 pin.

Tempat kedua dirangkul Petrus Anak Sigi dan Jong Kin Ann dengan 913 pin disusuli gandingan Dunstan Lim dan Nur Ain Hazirah dengan 856 pin.

Cabaran itu dianjurkan oleh Pusat Pembanguna­n dan ditaja oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS).

Hadiah pemenang disampaika­n oleh Timbalan Presiden ABAS Shaifulbah­ri Shukri, Naib Presiden ABAS Robert Lu dan Pegawai Pembanguna­n Sukan Tenpin Boling, Vernity Ricky.

 ??  ?? TAHNIAH: Juara acara berpasukan lelaki dan wanita sekolah menengah.
TAHNIAH: Juara acara berpasukan lelaki dan wanita sekolah menengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia