Utusan Borneo (Sarawak)

PGA rampas ketamin, warga Indonesia ditahan

Pacuan empat roda turut dirampas, dadah dipercayai hendak diseludup dan dipasar ke negara jiran

- Oleh Jeremy Lanson

Hasil pemeriksaa­n ke atas kenderaan tersebut mendapati terdapat sebuah tong plastik mencurigak­an yang apabila dibuka didapati mengandung­i enam bungkusan dibalut dengan kerajang aluminium.

Superinten­den Rosdi Inai

Pegawai Pemerintah Batalion 11

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 berjaya merampas enam kilogram dadah jenis ketamin bernilai kira-kira RM360,000 dan menahan seorang lelaki warganegar­a Indonesia, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 Superinten­den Rosdi Inai berkata, anggotanya semasa bertugas di pos kawalan sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Tebedu bertindak menahan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) selepas dilihat mencurigak­an sekitar jam 10.30 pagi.

Beliau berkata, semasa kenderaan itu ditahan pemandunya didapati telah melarikan diri dengan memasuki sempadan Indonesia dan hanya penumpang (suspek) yang berusia 33 tahun berjaya dicekup untuk pemeriksaa­n.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas kenderaan tersebut mendapati terdapat sebuah tong plastik mencurigak­an yang apabila dibuka didapati mengandung­i enam bungkusan dibalut dengan kerajang aluminium.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati bungkusan itu mengandung­i serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin dianggarka­n seberat satu kilogram setiap bungkusan dipercayai bernilai RM60,000,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Rosdi berkata, hasil maklumat dadah tersebut dipercayai diperolehi dari luar negeri dan cuba diseludup serta dipasarkan di negara jiran.

Suspek dan barang rampasan bernilai RM450,000 termasuk kenderaan 4WD tersebut kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk tindakan selanjutny­a, katanya.

“Hasil saringan awal air kencing juga mendapati suspek negatif dadah dan dia kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

Sementara itu, Rosdi tidak menolak kemungkina­n suspek yang berjaya melarikan diri adalah pemilik 4WD tersebut yang berdaftar di negara ini.

“Kita tidak menolak kebarangka­lian pemilik kenderaan adalah suspek yang berjaya melarikan diri atau juga kereta tersebut dipinjam suspek dan banyak lagi kemungkina­n.

“Bagaimanap­un, siasatan lanjut masih dijalankan oleh IPD Serian dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

 ??  ?? TUMPAS: Rosdi menunjukka­n gambar kenderaan pacuan empat roda dan dadah yang dirampas pada sidang media di Kuching, semalam.
TUMPAS: Rosdi menunjukka­n gambar kenderaan pacuan empat roda dan dadah yang dirampas pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia