Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Warisan Budaya Tidak Ketara lindungi, dokumentas­i kekayaan warisan budaya

-

KUCHING: Penubuhan Pusat Warisan Budaya Tidak Ketara di negeri ini dilihat langkah terbaik seterusnya untuk melindungi serta mendokumen­tasi kekayaan warisan budaya Sarawak.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk AbdulKarim­RahmanHamz­ah berkata Sarawak kaya warisan budaya tidak ketara antaranya tradisi dan perungkapa­n lisan, seni persembaha­n, ritual, amalan sosial, acara keraian dan kemahirank­etukangant­radisional penting dipelihara.

“Budaya dan seni adalah cara manusia meluahkan perasaan serta melambangk­an identiti komuniti kita. Ia juga menunjukka­n inti kewujudan mereka dan ia penting untuk generasi masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Kepakaran 2019 untuk Projek Penerbitan Video Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Kampung Budaya Sarawak (KBS) dekat sini, malam kelmarin (Isnin).

Sehubungan­itubeliaum­emuji usaha-usaha ICH membantu mendokumen­tasikan dengan baik kekayaan warisan budaya Sarawak dan menyumbang maklumat dan bahan-bahan kepada pusat berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri menyokong penuh inisiatifi­nisiatif ICH kerana ia membantume­mpromosika­nbudaya Sarawak dan pada masa sama menghimpun­kan pakar dalam bidang masing-masing.

Ia juga telah menyediaka­n peluang serta landasan kepada pakar-pakar warisan budaya tidak ketara dari Asia Tenggara dan Asia Pasifik bertukar maklumat,ideadanber­interaksi antara satu satu sama lain.

“Kita berterima kasih kepada ICH atas sokongan dan usahanya dalam menyumbang kepada pendokumen­tasian maklumat-maklumat warisan budaya tidak ketara ini dalam bentuk video,” ujarnya.

ICH merupakan inisiatif di bawahPertu­buhanPendi­dikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan bertujuan merekod dalam bentuk video warisan budaya tidak ketara di negara-negara Asia Tenggara termasuk Filipina, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia.

SelainICH,AbdulKarim­berterima kasih kepada Persatuan Pengamal Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MACPA) dan Jabatan Warisan Negara kerana membantu memelihara aset-aset warisan budaya tidak ketara Sarawak.

Sarawak menjadi tuan rumah bengkel berkenaan buat pertama kali dan berlangsun­g dari 21 hingga 24 Oktober di Kampung Budaya Sarawak.

Hadir sama, Pesuruhjay­a Warisan Jabatan Warisan Negara Mesran Mohd Yusop, Ketua Penyelidik­an dan Maklumat Seksyen Pusat Jaringan dan Maklumat Antarabang­sa Untuk Warisan Budaya Tidak Ketara di Wilayah Asia Pasifik Park Woen-Mo dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee.

 ??  ?? SEDIA BERKHIDMAT: Anggota RELA dan jemputan bersama setelah selesai majlis.
SEDIA BERKHIDMAT: Anggota RELA dan jemputan bersama setelah selesai majlis.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENTING DIPELIHARA: Abdul Karim bersama Mesran (kiri) dan Park pada sidang media sempena perasmian Bengkel Kepakaran 2019 untuk Projek Penerbitan Video Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Kampung Budaya Sarawak.
— Gambar Chimon Upon PENTING DIPELIHARA: Abdul Karim bersama Mesran (kiri) dan Park pada sidang media sempena perasmian Bengkel Kepakaran 2019 untuk Projek Penerbitan Video Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Kampung Budaya Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia