Utusan Borneo (Sarawak)

Pengecuali­an cukai kepada pembayar cukai dapatkan rawatan kesuburan

-

KUCHING: Pembayar cukai individu diberi pengecuali­an untuk membayar cukai sehingga RM6,000 sekiranya mengemukak­an resit rawatan kesuburan di klinik atau hospital kerajaaan mahupun swasta yang diiktiraf oleh MCMC.

Pengarah Bahagian Pentadbira­n Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Rosnita Ahmad berkata ia dalam usaha kerajaan membolehka­n rakayat Malaysia mempunyai tahap kesuburan yang kian meningkat.

“Resit yang diberikan kepada individu pasangan (isteri atau suami) atau kedua-duanya sekali dan tidak melebihi daripada RM6,000 boleh diberikan penguranga­n pembayaran cukai oleh LHDN.

“Bagaimanap­un, mereka ini perlu mendapatka­n pengesahan daripada pegawai perubatan yang bertugas mulai tahun depan,” katanya ketika di temui pada Seminar Percukaian Kebangsaan 2019 mewakili Ketua Pengarah LHDN di sini semalam.

Sementara itu pada majlis sama, Pengarah Cawangan Siasatan LHDN Kuching Sawing Kri menambah, pihaknya berusaha mendekati rakyat dengan pelbagai pendekatan kerana dituntut bertindak pantas dan kreatif oleh kerajaan.

Rakyat badan profesiona­l, majikan dan orang ramai perlu diberi maklumat terkini amalan cukai dan isu pindaan undang-undang percukaian baharu yang telah dibentangk­an pada Belanjawan 2020 pada 11 oktober yang lepas.

Pihak LHDN turut mengupas topik ‘Post SVDP and The New Horizon’ oleh Pegawai Eksekutif Kanan,

Bahagian Pengurusan Hasil, Jabatan Pungutan Hasil Chua Tian Siang.

Secara keseluruha­n tegas beliau, belanjawan tahun ini mengandung­i 41 pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967, 29 pindaan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, empat pindaan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, satu pindaan Akta Setem 1949 dan 23 perundanga­n subsidari.

Beliau berkata juga bahawa pihaknya sering menghadapi persaingan daripada aspek fungsi dan peranan namun positif dalam mendepani ketidakten­tuan global dan bersedia untuk berdepan dengan isu pencukaian yang lebih rumit.

“LHDN akan mengatur strategi pematuhan, kesedaran dan pendidikan cukai yang sewajarnya bagi memastikan kadar kutipan cukai selari dengan peningkata­n kadar ekonomi negara,” katanya .

Pada masa yang sama, aktiviti penguatkua­saan akan dikemas kini bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan pada hasil negara, selain menegakkan prinsip keadilan dalam pelaksanaa­n polisi cukai yang berkuat kuasa, ujarnya semalam.

 ??  ?? AMANAT: Sawing ketika berucap dan merasmikan majlis mewakili Ketua Pengarah LHDN di Kuching semalam.
AMANAT: Sawing ketika berucap dan merasmikan majlis mewakili Ketua Pengarah LHDN di Kuching semalam.
 ??  ?? ROSNITA
ROSNITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia