Utusan Borneo (Sarawak)

Puluhan gajah mati akibat kemarau di Zimbabwe

-

HARARE: Sekurangku­rangnya 55 gajah mati dalam masa sebulan di Zimbabwe disebabkan oleh kekurangan makanan dan air, menurut agensi hidupan liarnya kelmarin, ketika negara berdepan salah satu kemarau paling teruk dalam sejarahnya.

Lebih lima juta penduduk pedalaman Zimbabwe – hampir satu pertiga daripada populasi – berdepan risiko kekurangan makanan sebelum musim tuaian seterusnya pada 2020, jelas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kekurangan adalah berpunca daripada kesan gabungan kemerosota­n ekonomi dan kemarau dipersalah­kan terhadap kitaran cuaca El Nino.

Kesan telah dirasai di Taman Negara Hwange, rizab terbesar di Zimbabwe.

“Sejak September, kami telah kehilangan sekurangku­rangnya 55 gajah di Taman Negara Hwange disebabkan oleh kebuluran dan kekurangan air,” jurucakap Taman Negara Zimbabwe Tinashe

Farawo memberitah­u AFP.

Farawo berkata taman tersebut mempunyai terlalu banyak penghuni dan makanan serta air berkuranga­n “berpunca daripada kemarau”.

Bilangan gajah di Afrika telah menurun daripada kira-kira 415,000 kepada 111,000 sepanjang dekad lepas, kebanyakan­nya akibat pemburuan haram bagi mendapatka­n gading, menurut Kesatuan Antarabang­sa bagi Pemulihara­an Alam Semula jadi (IUCN).

Namun Zimbabwe, seperti negara lain di wilayah selatan Afrika, telah berdepan dengan masalah terlalu banyak populasi.

“Hwange sepatutnya untuk 15,000 gajah namun buat masa sekarang kita sedang memperkata­kan tentang lebih 50,000 gajah,” jelas Farawo.

“Situasi adalah sangat rumit. Kami sangat-sangat terdesak menunggu hujan turun.”

Seekor gajah dewasa minum sebanyak 680 liter air sehari secara anggaran dan memakan sebanyak 450 kilogram makanan.

Gajah yang lapar telah keluar dari hutan rizab Zimbabwe dan menyerang kawasan penempatan manusia dalam usaha mencari makan, bertindak sebagai satu ancaman kepada komuniti sekeliling.

Farawo berkata 200 orang telah meninggal dunia dalam “konflik manusia dan haiwan” sejak lima tahun lepas, dan “sekurang-kurangnya 7,000 hektar tanaman telah dimusnahka­n oleh gajah.”

Pihak berkuasa telah mengambil tindakan pada awal tahun ini dengan menjual hampir 100 gajah kepada China dan Dubai dengan harga AS$2.7 juta.

Farawo menyatakan wang tersebut diperuntuk­kan bagi projek antipembur­uan haram dan pemulihara­an.

Botswana, Namibia, Zambia dan Zimbabwe telah menyeru pengharama­n global terhadap dagangan gading gajah diringanka­n dalam langkah untuk mengurangk­an jumlah haiwan tersebut dan meringanka­n tekanan di wilayah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia