Utusan Borneo (Sarawak)

PEKERJA MOGOK BAKAR PONDOK

Tidak puas hati dengan perubahan cara syarikat ladang bayar OT.

- Oleh Michael Ubam

KANOWIT: Sekumpulan 40 pekerja yang tidak berpuas hati mengadakan mogok di hadapan pejabat sebuah syarikat perladanga­n kelapa sawit di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata, demonstras­i itu dipercayai bertujuan menyuaraka­n bantahan pekerja yang tidak dapat menerima perubahan cara pembayaran gaji kerja lebih masa (OT) yang dilaksanak­an pihak ladang sejak Oktober lalu.

"Motif demonstras­i itu adalah untuk menuntut hak-hak mereka (pekerja ladang) berhubung beberapa perubahan berkaitan masalah elaun dan insentif pekerja," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tega berkata, antara tuntutan yang disuarakan oleh pihak pekerja termasuk bayaran baki kerja lebih masa pengawal keselamata­n iaitu sebanyak RM698.28 setiap seorang perlu dibayar dalam tempoh tiga hari.

Penyelia ladang dan 'FFB Checker' juga meminta kenaikan OT daripada

RM35.38 kepada RM42.31, selain menuntut kenaikan insentif tan kelapa sawit, katanya.

Tega menambah, pekerja yang berpencen pula menuntut hak sagu hati persaraan daripada pihak syarikat seperti yang dijanjikan sebelum ini yang juga perlu dibayar secepat mungkin dalam tempoh tiga hari.

Di samping itu katanya, para pekerja am meminta gaji harian dan enggan menerima gaji kontrak.

Katanya, akibat ketidakpua­san hati para pekerja berkenaan, pondok pengawal keselamata­n turut dibakar.

Tega berkata, pihak polis yang dimaklumka­n mengenai insiden itu dikerahkan ke lokasi kejadian dan berjaya meredakan keadaan dengan baik di antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, pihak Jabatan Tenaga Kerja telah dipanggil untuk mengadakan perbincang­an dengan pihak ladang bagi menyelesai­kan isu tersebut.

Dalam perkembang­an berkaitan, Tega berkata pihak polis mengesan insiden demonstras­i itu juga tersebar di media sosial.

Justeru, beliau menasihatk­an orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu.

Setakat ini katanya, dua laporan polis telah diterima berhubung inisiden tersebut.

Tega turut mengesahka­n ada menerima laporan polis mengenai mogok pekerja dan kebakaran pondok keselamata­n yang dibuat oleh pengurus ladang berkenaan pada malam kelmarin.

Katanya lagi, pihak polis sedang memantau rapat keadaan di sekitar ladang berkenaan untuk mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini.

 ??  ?? TIDAK PUAS HATI: Sebahagian pekerja ladang membawa
sepanduk semasa mogok di hadapan pejabat syarikat.
ROSAK: Keadaan pondok pengawal keselamata­n yang dibakar sekumpulan pekerja ladang semasa mogok pagi kelmarin.
TIDAK PUAS HATI: Sebahagian pekerja ladang membawa sepanduk semasa mogok di hadapan pejabat syarikat. ROSAK: Keadaan pondok pengawal keselamata­n yang dibakar sekumpulan pekerja ladang semasa mogok pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia